Gerak-gerak

Lagu

Tuesday 29 January 2019

Hai, Gunung Kinabalu!

Assalamualaikum blog tersayang. Hahaha. Rasa lama gila tidak menarikan jari di atas papan kekunci ini *gittew* Macam biasa, please expect bahasa rojak di dalam entry ini ๐Ÿ˜†

Okay. Sebenarnya mahu berkongsi rasa daki Gunung Kinabalu haritu. To be exact, 17 - 18 Januari 2019. Allahu macam mimpi sampai atas puncak tu. Like seriously, pepol! ๐Ÿ˜‹

Yassss! Sebenarnya lama sudah teringin menawan puncak gunung tertinggi di Malaysia itu. Bertukar-tukar team mates haaaa ๐Ÿ˜‚ But yeah. Alhamdulillah tarikh keramat tu datang jugak walaupun dalam masa yang amat-amat sedikit untuk buat preparation.

Okay. So let's start this painful yet very wonderful journey HAHAHA

Sebelum tu, siapa-siapa yang belum tahu. Gunung Kinabalu ni terletak dekat area Kundasang dan protected under Sabah Park. Ada beberapa tempat untuk mula daki Gunung Kinabalu ni. Boleh google laa yaa. Hihi. And for your information jugak, dalam rekod, gunung Kinabalu ni ada 7 puncak tertinggi: Puncak Low, Puncak St John, Telinga Keldai etc. Yang ni pun boleh tanya boyfriend saya, Incik Google. Hiks. Kan di hujung jari saje ๐Ÿ˜


Ni laa puncak-puncak tu

Kami bermula dari Timpohon Gate. Pendakian gunung Kinabalu ni mengambil jarak 8.9 km dan masa bergantung kepada kelajuan kalian mendaki. Bermula dari Timpohon Gate, kita akan jumpa 7 buah pondok sebelum sampai ke Laban Rata. Disebabkan kelambatan dan keterbatasan, aku mengambil masa 8 jam untuk sampai ke Laban Rata *such a bad record, I know*



Kick start at Timpohon Gate with these awesome people

Nampak ceria kan wajah ku itu, tapi dalam hati Tuhan saja yang tahu debarannya. Dan disebabkan debaran itulah, aku kehilangan sebahagian pernafasan ku. HAHAHA. Sepanjang pendakian ke Laban Rata, kita akan jumpa Pondok - Kandis, Ubah, Lowii, Pondok Mempening, Layang-layang, Villose, dan Paka. Setiap pondok ni punya jarak yang berbeza-beza. Ada yang dekat dan ada yang jauh. Dan setiap pondok, disediakan tandas. bagi sesiapa yang mahu refill air, boleh refill dekat situ as long as perut kamu boleh terima. Dan untuk aku yang heavy flu ni, pondok sangat-sangat berguna *if you know what I meant*

Sorry, photos are not provided since aku tidak terfikir pun untuk tangkap gambar sebab sibuk memikirkan hidung yang selalu menangis HAHAHAHA.

Sepanjang pendakian, walaupun dalam kepenatan, kau tidak akan pernah penat memuji setiap keindahan yang kau nampak depan mata. Pemandangannya sangat memukau dan segala penat kamu akan rasa sangat berbaloi. Betul, kamu akan rasa penat lagi-lagi melihat anak tangga dan ketinggian yang kamu akan daki. But on the other hand, this beautiful views really wake your spirit up. No doubt!

"Allah cantiknya. Sangat cantik!" - ayat yang entah berapa puluh kali aku ulang sepanjang pendakian. Kau tahu, dengan hijau pokok, biru langit dan semua alam semulajadi, ma shaa Allah!








  





Itu sebahagian view sepanjang pendakian. View dekat Laban Rata pulak lagilah subhanAllah tidak terkata cantiknya. Berada di ketinggian 3000++ m dari atas laut, kau rasa kau dalam mimpi. Bila awan ada depan mata, sentuh saja tidak boleh. Alaa yang macam kau selalu tengok bila naik kapal terbang tu.

View dari Laban Rata
Negeri atas awan?





Sunset. Macam mimpi.

Sampai Laban Rata, kami bergambar *ni wajib hahaha*, lepastu pergi makan malam. Check-in bilik dan bersiap sedia untuk rehatkan diri untuk summit keesokan harinya.

Untuk pendakian dan summit ke puncak, aku update dekat entry seterusnya yaa.

Thank youuuuuuu ๐Ÿ’™


-Ecah tawan gunung Kinabalu-
29 Januari 2019



Monday 9 April 2018

Esah Jejak Jogjakarta



Assalamualaikum. Halluuu semuaaaaa ๐Ÿ’ƒ

Allahu. Lamanya tidak mencoret di ruang ini. Actually banyak ja mau ditulis but then yeah, tulis padam tulis padam dan dibiarkan begitu saja, terikat namun tak bertali, tergantung sepi. Hiks ๐Ÿƒ

So basically, entry kali ini tentang trip saya dan keluarga ke Jogjakarta (or Yogyakarta?).
Trip kami ni tidaklah lama mana pun, 3 hari 3 malam sahaja since memasing busy bekerja and yeah, kami memerlukan dua hari untuk perjalanan sob. BKI – KUL – JOG – KUL – BKI.

Meh korang dengar cotcetcet hakak dulu. Hahah.
WARNING: Bahasa rojak plus sinkof melampau akan dikesan dalam entri ini ๐Ÿ˜†

Kitorang sebenarnya plan ni sudah berkurun *ok over*, but tulah. Hanya mampu merancang, Tuhan jugak yang menentukan *smiley face*. So haritu adik aku balik-balik desak tanya bila mau pegi. Aku ni senang, ada duit terus beli tiket flight. Bila sudah ada tiket flight, ikut kaulah mahu pergi ka tidak, and belakang cerita kumpul duit selebihnya untuk makan minum soping dekat sana. Muehehe.

So bawah ni aku akan share itinerary (eh eja betul ka tu?) selama 3 hari kami dekat sana. Oh ya. Yang ni kami ambik pakej. So dia sudah include tempat masuk + sewa kereta + parking fees + driver sekali.

TRIP JOGJA 2 – 4 APRIL 2018

Day 1:
Pickup airport
Tamansari
Kalibiru
Cek in homestay

Day 2:
Jurang tembelan
Hutan pinus
Rumah hobbit
Cave waterafting goa pindul
Timang beach
Pinus pengger
Back homestay

Day 3:
Merapi
Gereja ayam
Punthuk setumbu
Borobudur
Malioboro
Back homestay

Yang ni, kami bayar IDR 950 000 seorang. But since homestay kami agak jauh dari bandar, so kami kena tambah lagi IDR 25 000. Ni termasuk 2 jeep merapi adventure, naik pokok spot 1+ dapat 4 foto kalibiru, alat + pemandu cave goa pindul and 2 jeep pergi timang beach. Yang pakej ni tidak termasuk tiket Borobudur and naik gondola yaa anak-anak.

Itinerary ni kamu boleh buat sendiri or minta ja orang yang korang contact tu untuk buatkan kamu. Yang ni aku buat sendiri since alang-alang sampai, mau juga explore semua tempat. Tu yang pack semacam. Hahaha. Bapak guide tu bagi untuk 4 hari punya, aku mampatkan dia jadi 3 hari. Tapi nangis jugak laa, dengan perjalanan, penat + semua laa *sigh*.

Homestay pula, aku ambil dekat dengan airport. Sebab mulanya, flight kami awal pagi, dalam pukul 6 am macam tu, sebab tu lah. Tapi tiba-tiba flightnya kena tukar ya bapak-bapak ibuk-ibuk ke pukul 11 am. Tapi never mind, tuan rumah baik. Ada 3 bilik + aircond + best + selesa + ok deh! Cuma tu lah agak jauh dari bandar.

Tiket flight? Hmm maaf deh. Aku lupa. Tapi haritu KUL - JOG - KUL kira murah jugak. Cuma BKI - KUL - BKI mahal sikit. Dalam RM 500++ jugak laa pergi balik tu.

Oleh yang demikian,
PAKEJ: IDR 975 000
BALE AYU HOMESTAY: IDR 910 000/3 hari
TOTAL: IDR 1 126 667/seorang = RM 305/seorang *depend tukaran matawang semasa*


Next entry aku akan cerita pasal tempat-tempat yang kitorang pergi termasuklah bayaran masuk.

P/S: Sebenarnya, aku rasa kalau kamu urus sendiri tempat masuk lagi murah compare ambik pakej yang bayarkan untuk korang. Just ambik driver ja and tiket tu pergi sendiri, tidak susah pun. Cuma tulah, first timer kan and malas serabutkan kepala dengan tiket masuk bagai tu. Muahaha.

Link-link bawah bolehlah tekan untuk kesenangan bersama. Ehhh? Hihi. Adios.

DAY 1: TAMANSARI, KALIBIRU
DAY 2: JURANG TEMBELAN, HUTAN PINUS, RUMAH HOBBIT, CAVE WATERAFTING GOA PINDUL, TIMANG BEACH, PINUS PENGGER
DAY 3: MERAPI, GEREJA AYAM, PUNTHUK SETUMBU, BOROBUDUR, MALIOBORO



Tuesday 8 August 2017

Adik Aku, Isteri Dia




Assalamualaikum semua. Tengah buat apa tu? Haaa. Harini sis rajin sedikit. Well, kerja pun tidaklah banyak sangat. Jadi sis pun ambiklah seminit dua untuk update entry ni.

Okay. Untuk makluman semua, pertengahan Julai haritu, 15 Julai 2017, adik perempuan saya selamat bergelar seorang isteri. Dah tukar status uollss. Dari cik ke puan. Tinggal laa haku sendiri memegang cik di usia sebegini. Muahahaha. Lek luuu. Muda masih kaan? *wink*

Alhamdulillah alhamdulillah. Dengan dua kali lafaz, Puan Irma selamat menjadi isteri kepada Incik Mohd Evendy. Doaku, moga masjid yang dibina ni sentiasa dalam rahmat dan jagaan Allah. Moga kekal bahagia sampai ke syurga.

Seperti biasalah. Sis ni rajin update kalau bergambar sahaja. Maklumlah otak sudah tepu mahu bermadah. Muehehe. So, selamat menjamu mata ๐Ÿ˜‰๐Ÿ’—๐Ÿ’“


Majlis belah perempuan ๐Ÿ‘ฐ๐Ÿ‘ฐ๐Ÿ‘ฐ


  

 

 

 

 





Outdoor Photoshoot ๐Ÿ“ท๐Ÿ“ท๐Ÿ“ท



 

 

 





Koleksi Pakaian Pengantin ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜








Because Family is Everything ๐Ÿ‘ช๐Ÿ‘ช๐Ÿ‘ช


      

  

  

 



Sebelah kiri gambar bawah ni, kawan SK adik saya dan sebelah kanan, gambar kawan saya.
(Ramai lagi kawan adik saya datang. And kawan saya jugak, Rosdiana dan suami; Putri dan tunang)
Trimasss for coming dearest friends ๐Ÿ˜‰

             







 Majlis Belah Lelaki ๐Ÿ‘ฆ๐Ÿ‘ฆ๐Ÿ‘ฆ


  

  









P/s: Mereka mereka di luar sana. Sila ambil perhatian. Tiada apa yang perlu disedihkan bila adik kahwin dahulu. Benda baik kan. Buat apa tangguh. Yang sibuk tanya saya bila tu, jangan risau. Ada jodoh tak ke mana. Nanti saya 'sebar' kad undangan k. Jangan ndak datang pulak. Hmm ataupun, kalian mahu tolong carikk? ๐Ÿ˜™

xoxo


4.01 pm