Gerak-gerak

Lagu

Saturday 31 August 2013

TAHNIAH FATEN IZZATI DAN SUAMI

Assalamualaikum u'ollss.
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi.

Hari ni. 31 Ogos.
Kawan saya, NUR FATEN IZZATI RABLIN.
*Kenal? Tak kenal,sila google :)
Telah selamat jadi isteri orang.
Ekcelli, akad nikahnya semalam.

Tahniah Aten dan suami :)

Happy jugak sebab dapat jumpa kawan-kawan lama.
Yang sudaa lama ndak jumpa.

Kami gerak bertujuh.
Saya, Suffinah, Aishah, Sakinah, Ain, Fadhla dengan Zul.
5 of us adalah geng SEMAI :)

Kami gerak dari KK pegi Kota Marudu jam 8/9 pagi gitu laa.
Kami sampai dekat pukul 11 jugak laa.
Then,makan-makan kat rumah aten.
Belum dapat jumpa pengantin baru lagi.

Lepas tuh, kami gerak pegi masjid dekat pekan.
Jauh jugak laa.
Tapi. Yeaahh. hee
Lepas zohor,kami datang balik.
Masuk dalam bilik pengantin.
Seriously,dia sangat cantik.
Bertemakan hijau,dengan tudung labuhnya.
Allah,she's soooo CUTE :)

Majlis sanding dimulakan dengan bacaan doa dari pihak lelaki.
Lepas tuh, bacaan tarannum dari Ustaz Anuar, ustaz pasangan pengantin dekat Maahad Tahfiz.
Then, pengantin pegi makan beradab baru laa potong-potong kek.
After that, salam-salam dengan tetamu.

Kami ndak lama sana.
Around 3 tu kami 'blah' dah.
Tapi,sebelum balik KK, kami pegi pantai jap.
*pantai teda pasir :3

Jujur.
Suasana sandingnya sangat tenang.
Lagu nasyid dikumandangkan.
Then,bacaan tilawah,doa.
Memang islamik.
Dengan pelamin yang sederhana cukup memberi kepuasan pada jiwa.

Moga Allah redha.
Tahniah Aten dan suami.
SELAMAT PENGANTIN BARU!

Sedikit serba-serbi gambar :)
*oh ayat*

Pelamin ^_^

Kami SEMAI an :)


Sebelum dan selepas bacaan doa dan tilawah Al-Quran.

Our du'a for both of u. Aamiin~


Sesi memotong dan menyuap kek ^_^


Kami :)



NUR FATEN IZZATI dan SHAH RIZZAN

Inilah pengantinnya :)
p/s : Terima kasih kerana undang kami. Moga berkekalan hingga ke syurga,bahagia dunia akhirat :)

Sahabat seperjuangan,
Aysa Kamaruddin
SEMAI 08-09

Saturday 24 August 2013

TIPS : AISY MINHO

Bukan 11 ka? Hekhek :p


Assalamualaikum kalian :)

Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang untuk nafas free ini.

Emm,entri kali ini tentang TIPS.
Actually ni permintaan my bakal junior.
Junior USM. Pure Math :)

Thanks adek Aisy Minho.
Akak bagi apa yang termampu je la ye :D
*gelarkan diri akak boleh kan?*

Sebenarnya. Macam mana nak mula ye? Hukhuk

Ok,macam biasa.
Ni pandangan peribadi saya.
Pandangan kasar saya.
Sebagai mahasiswi SAINS MATEMATIK.

Akak bukanlah pelajar pintar.
Macam orang lain juga.
Banyak lagi yang perlu dibelajar.
Tidak hebat juga.
Insan biasa cuma.
Tunjur ajar kalian diperlukan :)

Ok.
Nak bagi tips ni.
Dah sedia nak membaca ke ni?

As a student.
Mungkin masa mula-mula tu.
Agak kekok sedikit.
Tapi ingat.
Jangan terkena kejutan budaya ye :)
Takut nanti ada yang kecewa.

After that *speaking u'ollss. hihihi*
Kena pandai urus masa.
TIME MANAGEMENT.
Benda ni sangat penting.
Takut-takut nanti 24 jam yang ada tu pun tak cukup.
Mana taknye.
Dengan esaimen berlambak.
Ujian setiap subjek lagi.
Tutorial lagi.
Tu tak masuk aktiviti luar.
Means, ikut persatuan itu dan ini.
Kalau macham saya dulu.
Kalau boleh, semua aktivti nak join.
Ye laa, nak dapatkan mata MYCSD.
Takut nanti tak dapat desa. Hehehe~
Biasa laa.
Budak first year.
Semua nak involve.

Yang ketiga.
RAJIN.
Rajin ni banyak jenis.
Ye laa.
 Korang kena rajin dalam banyak aspek.

First,
Rajin buat tutorial.
Haha.
Part ni memang ramai yang 'rajin'.
Lagi-lagi bila tutor x cek hasil kerja kita.
Lebih-lebih bila tutor suap je jawapan.
Tak semua.
Tapi ada.
Contohnya?
SAYA laa. :(

Second,
Rajin tanya lecturer.
Mana-mana yang tak faham tu.
Cepat-cepat jumpa lecturer.
Nanti makin tak faham.
Ini payah.
Macham penyakit.
Kalau tidak cepat-cepat ubat,
mesti akan jadi terukkan?
Jangan macham saya *lagi*

Third,
Rajin discuss dengan kawan.
Orang-orang chakap.
Buat study group.
Yang ni berkesan.
Bagi orang-orang seperti saya.
Kalau ada study group ni,
korang boleh bincang-bincang apa yang tak faham.
Bukan itu sahaja *waah,skema BM u know :p
Study group ni akan improve pemahaman korang.
Benda yang lupa boleh jadi ingat.
Alaa, senang je.
Korang buat laa group consist of 4 or 5.
Lepas tu bagi-bagi tajuk.
Sorang akan terangkan certain tajuk.
Senang kan?
*ok,yang ni saya tak buat lagi*

Yang keempat.
JANGAN STUDY LAST MINIT.
Yang ni pun bahaya jugak.
Seeloknya, study awal-awal.
Sebab.
Kadang-kadang.
Study last minit ni akan buat kita jadi kelam-kabut.
Ye laa.
Lagi-lagi dekat nak exam.
Tu tak khatam lagi laa.
Yang ni tak habis baca lagi.
Last-last semua hilang.
Nak ingat yang tu,yang ni lupa.

Yang kelima.
MALAS DIHAPUSKAN.
Penyakit M ni memang pasti akan ada.
Time kita cari vitamin R,
makin kuat pulak si M ni pegang kita.
So.
Kita kena pandai laa.
Jangan ikut sangat Incik Malas tu.
Sometimes, kita kena cakap NO.

Sebenarnya.
Banyak lagi.
Tapi.
Mungkin korang ada cara tersendiri kan.
Cara belajar.
Kan kita tak sama :)

Rasanya.
Cukup setakat ini.
Daripada saya.
Maaf.
Kalau ada yang terkurang.

Apapun.
Ni cuma pandangan peribadiku.
Insan yang kerdil.
Lagi tidak berdaya.

Mohon pertolongan daripada Allah.
Sudah berdoa.
Jangan lupa tawakal.
Apa-apa pun kembali pada Allah.

Sayang korang.
Moga Allah sayang kita lebih.
Jumpa lagi.
Adios.
Assalamualaikum.

p/s : Dear Adek Aisy Minho. Kalau nak nota, boleh cari akak :)

Student,
Aysa Kamaruddin
Rumahku Syurgaku

Wednesday 21 August 2013

NOMBOR

Assalamualaikum u'ollss :)
 
Sehat? Ok,sehat.
Sekarang dah bulan 8. Hujung bulan 8.
That means pelajar2 Tahun 1,junior kitorang bakal menjejakkan kaki ke USM.
Universiti tershayang.
 
Maksud lain. Seminggu lepas tu,kami pulak masuk.
Maksud. Less than 20 days lagi bersama parent terchenta. *sobsobsob :(
 
Jadi, junior2 yang dikasehi. Welcome!
Pure Maths? Congratzz :D
 
Ada junior tanya.
"Kak,pure math ni senang ke susah?"
"Mesti banyak nombor kan?"
"Banyak tak kena belaja?"
 
And banyak lagi.
 
Ini pandangan aku.
Pandangan peribadi.
Mungkin.
 
Padaku.
Ia tidak semudah yang korang fikir.
Mungkin time kita sekolah, ia nampak mudah.
Mana tidaknya.
Cuma bermain dengan Tuan Kalkulator dan Incik Nombor.
 
Tapi.
Peringkat Universiti ni lain dek.
Kalau kau harap jumpa nombor dengan kerap.
Lupakan. Delete.
 
Kalau dulu. Di sekolah.
Kau belajar 1-1=0.
Sekarang kau mesti tahu kenapa 0,bukannya 2.
 
Jadi pelajar PURE MATH memang begitu.
Kau tidak berdepan dengan nombor.
Kau akan berdepan dengan benda lain.
Fakta.
Theorem.
Proof.
Analysis.
Mungkin kau boleh buat karangan.

Aku tidak mahu takutkan kamu.
Tiada niat.
Kamu juga punya pandangan sendiri.
 
Kalau kau minta pendapat senior lain.
Mungkin lain jadinya.
Takut.
Cuak.
Menyesal.
Teruja mungkin.
Eksaited barangkali :)
 
Mau drop sekarang?
Sempat ka?
Mungkin boleh tukar kos.
 
Tapi.
Apa mau susah?
Tawaran sudah terima.
Daftar tinggal berapa hari.
 
Nasihat senior ini.
*Senior laa sgt. hikhik*
 
Ambil semua ini sebagai cabaran.
Pembakar semangat.
Paling penting, jangan mengalah.
Jangan study last minit macham sayaa.
Minta doa banyak2 dekat Allah.
Percaya pada diri.
 
Orang dulu2 chakap.
BELUM CUBA BELUM TAHU.
 
So, jangan segan2 cuba tau :)
 
Mana tahu.
Kau lagi HEBAT.
Kan minat orang-orang tidak sama.
 
Selamat maju jaya.
 
Jumpa lagi.
Adios.
Salam.
 
I Love Math. Always ^_^
 
Student Maths,
Aysa Kamaruddin
3.51 pm