Gerak-gerak

Lagu

Friday 18 July 2014

Diari Ramadhan





Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

In the blink of an eye, within one month.
Terlalu banyak benda yang jadi.

Kes MH370 belum berakhir, manusia diuji lagi.
Manusia, rakyat Malaysia, kita diuji.
Dulu kes MH370 membuka mata orang ramai.
Spekulasi dan kesimpulan sana sini dibuat.

Kemudian, naluri kemanusiaan dijentik.
Gaza kembali bergolak.
Manusia tengah diuji dengan hebatnya Piala Dunia.
Manusia kembali membuka mata dan prihatin.
Yah, mungkin saja peristiwa ini bermusim.
Perlu ada mereka yang selalu mengingatkan.

Tidak lama selepas itu.
Sabah dan tentera sulu kembali mencuri perhatian media.
Perintah berkurung bakal dikeluarkan di kawasan pantai timur Sabah.
Seorang pegawai marin mati ditembak.
Seorang lagi menjadi tawanan.
10 juta jadi gantinya.

Adab dan kesopanan dinodai bila kes CDM225 menjadi bualan.
Kiki Kamaruddin tiba-tiba menjadi terkenal.
Maka ramailah keyboard warrior turun beraksi.
Mahu menjadi pembela kepada si pakcik.

Peperangan Ukraine dan Russia menjadikan MH17 sebagai mangsa.
Tersalah tembak, 283 penumpang dan 15 krew kapal jadi mangsa.
Keluarga sambut Ramadhan dengan hiba.
Allahu rabbi, apa erti Ramadhan dan Syawal untuk kali ini?

Dunia semakin tua, nazak dan uzur.
Tapi manusia semakin lupa, leka dan alpa.
Malaysia is being tested. We are being tested.
In a greatest ways.
Allah is testing us.
What are we waiting for?
Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali.

Deepest and sincerest condolences to all those affected by the Malaysia flight 17 tragedy. 
Pray for Gaza. Save Gaza.
Pray for Sabah. Save Sabah.
Pray for ourselves.
People are watching us. Behave ourselves.

Never stop praying.
Never stop asking.
Never stop believing.
Allah rindukan rintihan kita.
Allah needs us turning our back to Him.
Uphold our faith.

Al-Fatihah untuk mereka yang terkorban.
Al-Fatihah untuk keselamatan dan kesejahteraan bersama.
Al-Fatihah untuk diri sendiri, yang leka dengan nikmat dunia.


Monday 14 July 2014

KORBAN


Sebenarnya berkongsi rasa itu sakit
Kau kena bersahabat baik dengan sabar
Kau harus bermesra dengan tabah
Dan kau mesti bermanja dengan senyum.

Sebenarnya kau tersepit
Apa kau harus memilih cinta
Atau kau harus pilih persahabatan
Complicated bukan?

Sebenarnya kau cuba memujuk hati
Cuba lari dari rasa hati sendiri
Untuk cuba menjaga hati yang lainnya
Agar tiada hati yang terluka.

Dan akhirnya kau tersungkur
Jatuh dalam perasaan serba salah
Kemudian kau menangis sendiri
Berharap semua akan baik-baik saja.

Kau harap mampu gembirakan hati yang lain
Kau senyum dan tampak bahagia
Namun hakikatnya kau menangis
Berdarah dalam diam.

Apa kau yang salah kerana ego?
Atau kau benar kerana ego?
Tapi, atas alasan apa lagi untuk kau bertahan?
Bila jawapan sudah ada depan mata?

Kau undur diri.
Bukan kerana menyerah.
Tapi kerana dia bahagia dengan yang lainnya.
Kerana harapan kau cuma tinggal angan-angan.
Kerana dia lebih memilih orang lain.
Semoga berbahagia.
Kita kawan, dan selamanya begitu.
Kan?

The Unnoticeable Girl,
Aisah Kamaruddin.


Friday 11 July 2014

Palestine Will Be Free




Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?
And all those other lies?

I know that I’m only a child
But is your conscience still alive
I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
'Cause no matter what they do
They can never hurt you
'Cause your soul will always be FREE
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free


Song by Maher Zain



Sunday 6 July 2014

Rindu Part I

Assalamualaikum, salam Ramadhan.

First of all, let's thank Allah for giving us another blessed day!
Alhamdulillah ^^_

Praise to Allah, sedar ataupun tidak, seminggu sudah tinggalkan Pulau Mutiara.
Dengan harapan akan kembali masa konvo nanti ;)

Aku tinggalkan bumi Penang dengan berjuta kenangan.
Tipu kalau aku cakap aku tidak rindu.
Allahu, rindu membuak-buak.

Ada orang cakap.
Kekadang kita bukan rindu orang-orangnya, tapi kita rindukan kenangan.
Tapi bagi aku.
Aku rindukan orang-orangnya.
Tanpa mereka, mana mungkin wujudnya kenangan.
*pastinya biiznillah*



Aku rindu geng UTJ.
UTJ, geng Math yang terdiri daripada 10 orang gadis.
Yang mendambakan solehah, menjadi bidadari syurga.
Macam mana wujudnya, macam mana perkenalannya, kami juga tidak berapa pasti
Allah hadirkan rasa cinta dalam bersahabat.
Geng yang ajarkan aku tentang kasih sayang, tentang perlunya seorang sahabat.
Belajar bersama, makan bersama, ketawa bersama, menangis bersama.
Paling penting, stay up sampai subuh *kekadang tidak tidur*
demi menyiapkan last minit punya esaimen.
Oh Allah, ghinduuuu!

Ok, lemme introduce all the 10 mujahidah of UTJ.

1. Anis Amalil Wafa Mohammad Khodri
She is our along. Aku panggil dia Kaknis. Ada ja yang tidak panggil kak tapi aku mau jugak.Sebab dengan kak tu aku rasa aku punya kakak. Bila aku panggil Kaknis 'kak', aku rasa dekat saaangat dengan dia. Rasa hormat tapi still kawan macam biasa. Kaknis, orang yang punya prinsip hidup yang tegas. Orangnya baik dan selalu tersenyum. Sentiasa positif dalam hidup. Sangat bersungguh-sungguh dalam kerja. Orang Kedah.

2. Dayang Kamalia Awang Madihi
Gadis Bintulu. Kenal dia sebab silat. Selalu lepak bilik dia masa first year. Merapu merepek sama-sama. Muehehe. Kalau aku minta pandangan, dia akan cari jawapan yang paling selamat. Selalu berusaha jaga hati aku. Aku tau kekadang jawapan dia tu saja mau menyedapkan hati. Hoho.

3. Noor Syuryani Lokman
Orangnya ayu. Nampak matang antara kami. Selalu bagi motivasi dengan member-member and pandai bergaul. Mula-mula kenal, masa orientasi. Tapi tidak berani tegur sebab tidak senyum and nampak tidak mau layan aku. Hahaha. Maaf syu. Tapi bila sudah kenal, Allahu, sangat peramah. Orang Selangor.

4. Rosdiana Rala
Yang ni ustazah pilihan dari Kunak Sabah. Hehe. Orang besar, orang penting. Selalu sibuk. Kekadang dalam seminggu tidak jumpa. Tapi kami semua faham. Kenal masa matrik. Kagum dengan sikapnya yang berani bersuara dan sentiasa buat yang terbaik untuk orang lain. Orangnya hebat menjahit. MPP Math masa kami tahun 2.

5. Nurul Huda Ismail
Kenal masa first year. Gadis Kelantan. Then, kitorang jadi roomate for 2 years. Berbanding semua, dialah yang faham feel aku di bilik. Hahaha. But, yeahh. Take time jugak laa. Sebab aku ni agak susah sikit. Dialah yang selalu jadi mangsa bila aku melalak, menyumbangkan suara, tetiba bad mood dekat bilik. Thanks my dear ;)

6. Nor Fatin Amira Juhari
Gadis Terengganu. Nampak pendiam tapi orang penting Convex. Hehehe. Orang yang bersungguh-sungguh dalam buat kerja. Kalau ada masalah pasal cinta, bolehlah rujuk cik Fatin kita. Ngeee.

7. Serin Najihah Paitin
Gadis Johor yang sukakan warna biru. Kekadang bergaduh sebab berebutkan barang kaler biru. Kadang-kadang ingat dia marah, padahal dia memang begitu. Orang yang rajin. Jarang ambik hati. Kalau marah pun, dua minit ja. Tidak simpan dalam hati.

8. Satriani Sulaiman
Antara orang yang awal aku kebal masa mula-mula masuk USM. Gadis yang sangat sukakan sejarah dan politik. Sejarawan Lahad Datu kami. Rajin dan jarang tunjukkan rasa sedih dengan orang lain. Sangat berdikari. Setiap hujung sem, masa mau balik kampung, akan ada masa untuk kami berdua bercerita tentang soal peribadi. Dia akan dengar cerita aku dari utara ke selatan, timur ke barat, sampailah ke borneo. Heee.

9. Sitti Aisah Kamaruddin
Haaa. Ni laa aku. Gadis Kota Kinabalu, yang punya ego menggunung. Agak childish tapi aku punya prinsip sendiri. Entah apa mau describe pasal diri. Hahaha. Do your own assumptions based on your observations ;)

10. Nor Hidayah Samin
The youngest one. Orang Nogori Sembilan. Selalu buli dia suruh masak. Ada esaimen, rujuk dekat dia. Tiru tutorial, suruh cek jawapan, ajar subjek yang tidak difaham. Ada masalah akademik, jumpa dia. Orangnya ceria tapi tegas.



Tipu kalau sepanjang perkenalan ni, tiada yang terguris hati. Adatlah bila berkawan, akan ada yang bermasam muka, terasa hati, merajuk, marah, terpukul, gaduh, berselisih pendapat, punya pandangan masing-masing yang tidak boleh diterima. Asam garam laa tu. Benda-benda tu yang buat makin akrab.

UTJ stands for Ukuwah Till Jannah.
Nama geng ni sebagai janji yang kami akan jumpa di syurga dan bersama-sama di sana selamanya.

Sahabat, bila kamu di syurga dan tidak melihatku di sana,
Cari aku dan tarik aku bersama.

A friend in need is a friend indeed.

Jumpa lagi! :D

Stay tune for my next entry #TeamSRN #AmUlIbNyDaApCa