Gerak-gerak

Lagu

Tuesday 27 November 2012

Kasihnya Rasulullah

Aku perlukan-Mu~
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur pada Allah sebab kita masih dihidupkan hari ni.
Masih boleh menikmati dua nikmat terbesar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM.

*Sila tengok tajuk* Heee~~
Baru tengok video Ustaz Don tentang 'Cinta Rasul'.

So, saya rasa nak kongsikanlah apa yang saya dengar.

Entry Tulisan kali ni tentang peristiwa sebelum kewafatan Rasulullah SAW.

Ketika Baginda diambang kewafatan, Malaikat Izrail datang mahu mengambil nyawa baginda.
Antara yang ada bersama baginda ketika itu ialah Malaikat Jibril dan Saidina Ali.

Time nyawa baginda mahu kena cabut tu, baginda rasa sakit yang amat.

Baginda cakap :
"Cukuplah sakit derita mati ini hanya aku yang tanggung untuk umatku. Jangan bagi umat aku rasa. Jangan bagi umat aku rasa. Jangan."

Malaikat Jibril kata :
"Tahukah engkau Rasulullah? Tidak akan masuk ke syurga sesiapa pun selagi engkau tidak masuk."

Malangnya, kata-kata itu langsung tidak mententeramkan baginda. Wajah baginda kelihatan tidak tenang.

Malaikat Jibril sedar akan perubahan riak wajah baginda lalu menyambung :
"Tidak akan masuk orang lain ke dalam syurga melainkan umatmu masuk terlebih dahulu sebelum umat-umat yang lain."

Dengar ja kata-kata Malaikat Jibril tu, Rasulullah tersenyum. Terpancar rasa kebahagiaan dan kegembiraan di wajah baginda.

Betapa Rasulullah mahukan umatnya mengatasi umat lain untuk masuk ke dalam syurga.
Ini kerana cintanya baginda kepada umatnya.

Diceritakan juga, time Rasulullah tengah dalam kesakitan yang amat-Malaikat Jibril memalingkan mukanya.
Luluh rasanya melihat Rasulullah dalam keadaan sedemikian.

Rasulullah tanya :
"Wahai Jibril, adakah engkau tidak sudi melihat wajahku?"

Jibril menjawab :
"Ya Rasulullah. Bukan aku tidak sudi. Cuma aku tidak sanggup melihat kekasih Allah kesakitan seperti ini."

Ya Allah.
Betapa kasih dan cintanya Rasulullah terhadap kita.
Tepuk dada, tanya iman. Apa kita juga seperti baginda?

Ustaz Don cakap :
'Cuba perhatikan sekeliling kita. Apa yang ada di sisi kita, yang kita tengok, kita terus teringat Rasulullah?'

*SOLLU ALANNABI*
اللهم صل على سيد نا محمد وعلى اله و صحبه وسلم

" Ya Allah kurniakanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami
Muhammad serta ahli keluarga dan para sahabat baginda s.a.w "

Kita kata kita sayang Nabi kan? So, jadikanlah hari ni sebagai permulaan untuk kita untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
*peringatan buat diriku juga.*

# Saya sayang kamu kerana Allah. Moga Allah sayang kamu lebih~

Hamba yang kerdil,
Aysa Kamaruddin


Thursday 15 November 2012

Sukan Dan Silaturrahim



Assalamualaikum..
Alhamdulillah,masih dapat merasakan nikmat Ilahi.
Selamat tahun baru to all muslims.
SALAM MAAL HIJRAH. ^__^

Pembukaan cuti semester yang ku rasakan mencoretkan seribu satu kenangan yang amat sukar untuk dilupakan.

Bermula dengan keluarga SRN di UTP.
Berjumpa dengan kawan-kawan daripada 16 IPT di Semenanjung Malaysia
menambahkan lagi pengalamanku.
Walau bahasa dan tutur kata kita berbeza tapi kita masih boleh berkomunikasi kan? Ngee~~

Keluarga PERSIS di UUM juga memberikan kenangan yang tidak mungkin kau dapat di mana-mana.

Saya tabik dengan kegigihan dan semangat kamu.
Walau ada insiden yang menguji kesabaran.
Tapi,itu pasti tidak akan menggugat kita.

Bila Allah menduga kita,di situlah kesabaran kita teruji.
mau tengok sejauh mana kita boleh handle situasi tu biarpun otak tu rasa mendidih-didih sudah. =p 
 Kenangan pahit itu biar kita jadikan panduan untuk masa akan datang.
Tidak puas hati tu perkara biasa laa kan? Hehe.
Pahit manis mesti ada. Baru laa hidup ada rasa. :)

Pa-pa pun,banyak yang kita belajar.
Protes dorang langsung tidak menggugat kita.
Sebab..Ukhuwah yang ada antara kita tidak mampu dibeli walau kau keluarkan 1juta ringgit sekalipun. ^_^

Biar tiada medal yang dibawa balik,biar bukan hamper besar.
Kita tetap satu. SATU KELUARGA.

Saya juga mampu mengatakan aku ada keluarga seperti kamu.
DENGAN BANGGANYA =D

Senyuman kamu pembakar semangat.
Saya ada kerana kamu ada.
TERIMA KASIH untuk semua kerana menerima saya yang kerdil ini as one of your family.
Really appreciate it <3

p/s : semoga ukhuwah ini berpanjangan dan tidak hanya di sini. heart PERSIS~



Perasmian penutupan.


Takkan undur setapak jua.

Yeahhhh~

Kerana memori itu.

Bermula di sini.




Bola tampar~

Futsal~

"Pemuda-pemudi semua marilah,bangunlah bersatu semua"

PROUD TO BE SABAHAN !

Yang mencoret,
Aysa Kamaruddin.