Gerak-gerak

Lagu

Tuesday 31 March 2015

RINDU

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua.

Fuhhh fuhhh. Makin bersawang tempat coretan hamba ni. Hikhik.
Sebenarnya tiada idea pun. Langsung tiada idea mahu mencoret apa dalam ruangan ini.
Taip punya taip, kemudian backspace - kembali kosong.
Nampak putih saja depan mata. Dengar bunyi tetikus cuma.
Tapi hati meronta-ronta minta diconteng sesuatu.
Dasar! Sungguh hati dan akal jarang sekali temui jalan penyelesaian.

Rindu.
Aku pun tidak tahu kenapa aku memilih untuk bicarakan soal ini.
Tipulah kalau sekarang ni tidak merindu kan?
Aku rindu mak aku. Rindu bapa aku. Rindu adik-adik aku. Rindu rumah.
Pokoknya rindu semua yang ada di seberang Laut China Selatan tu.

Tiap hari aku pujuk diri.
"Cah, tinggal sikit ja lagi ni. Rindu kau akan berbalas nanti."
"Cah, banyak lagi kerja kau tidak siap ni."
"Cah, do you know what the meaning of 'pengorbanan'?"

Sampai serabut kepala aku rasa.
Sampai hati aku ni - tidak tahu ke berapa juta kalinya berendam air mata.
Sampai aku tidak mampu lagi mahu membuat panggilan tiap-tiap malam.
Sampai aku rasa, lemahnya lahai diri ni.

Bukan lupa. Bukan tidak mahu dengar suara orang tersayang setiap hari.
Mahu. Kalau boleh 24 jam telefon melekat di telinga.
Al-maklumlah pakai Digi Easy - free call. Eh?
Okay. Saja bagitau saya pengguna setia Digi (walaupun guna Celcom jugak. Haha)

Tapi setiap kali bercakap dengan mak bapa,
Tiap kali bercerita soal aku dan mereka.
Hati perempuan aku terusik.
Jiwa wanita aku tertunduk lemah.

Air mata ni haa tidak pandai malu, tiada segan silunya mahu menonjolkan diri.
Tapi aku kan wanita gagah, kuat, tabah.
Ya, mana mungkin air mata tumpah di hadapan roomate. Haha.
Okkkaayy. Gagah sangat. Tapi bukan ego. Bukan.

Elleh. Walhal mak aku tahu anak dia ni macam mana.
Bapa aku tahu puteri sulung dia ni seperti apa.
Sebab tu aku bertahan di sini.
Aku punya tujuan - pastinya niat lillahi ta'ala.

Aku harap pengorbanan ni - apa aku buat ni.
Mampu bantu aku jawab dengan baik di hadapan Allah kelak.
Aku harap apa yang aku buat ni, pengorbanan ni
Mampu buat orang-orang yang aku sayang tersenyum bahagia.
Biiznillah pastinya.

Allah. Jagakan mereka untukku.
Biar rindu ini berlabuh tepat pada tempatnya.
Biar rindu ini berbuah ranum dan manis hasilnya.
Biar rindu ini mendapat ganjaran mulia di sisiMu kelak.

Bila jarak itu melemahkan.
Yakinlah doa itu menguatkan.
Sebab aku tidak mampu peluk kalian dalam dakapan tanganku.
Maka aku peluk kalian erat dalam setiap bisikan doaku.
Moga kalian baik-baik saja.
Moga Allah sentiasa menjaga kalian.

01.02 am
Hilton, USM