Gerak-gerak

Lagu

Monday 14 July 2014

KORBAN


Sebenarnya berkongsi rasa itu sakit
Kau kena bersahabat baik dengan sabar
Kau harus bermesra dengan tabah
Dan kau mesti bermanja dengan senyum.

Sebenarnya kau tersepit
Apa kau harus memilih cinta
Atau kau harus pilih persahabatan
Complicated bukan?

Sebenarnya kau cuba memujuk hati
Cuba lari dari rasa hati sendiri
Untuk cuba menjaga hati yang lainnya
Agar tiada hati yang terluka.

Dan akhirnya kau tersungkur
Jatuh dalam perasaan serba salah
Kemudian kau menangis sendiri
Berharap semua akan baik-baik saja.

Kau harap mampu gembirakan hati yang lain
Kau senyum dan tampak bahagia
Namun hakikatnya kau menangis
Berdarah dalam diam.

Apa kau yang salah kerana ego?
Atau kau benar kerana ego?
Tapi, atas alasan apa lagi untuk kau bertahan?
Bila jawapan sudah ada depan mata?

Kau undur diri.
Bukan kerana menyerah.
Tapi kerana dia bahagia dengan yang lainnya.
Kerana harapan kau cuma tinggal angan-angan.
Kerana dia lebih memilih orang lain.
Semoga berbahagia.
Kita kawan, dan selamanya begitu.
Kan?

The Unnoticeable Girl,
Aisah Kamaruddin.