Gerak-gerak

Lagu

Thursday 3 August 2017

Berkat Seorang Pensyarah



Ingat lagi zaman U dulu. Habis jak kelas terakhir sebelum final exam, berebut dgn kawan2 jumpa lecturer. Mau minta maaf semua. Minta kena halalkan semua ilmu yg kena bagi. Ya laa. Student kan. Kadang kadang bercerita dekat belakang, makan minum, buat kerja lain. Paling sedih bila tertidur nyenyak konon tak cukup tidur kah! Sedangkan lecturer dekat depan gigih sehabis baik bagi ilmu.

Bila kena bagi kerja pulak, sibuk kumpul alasan kenapa tidak siap. Soalan tutorial hmm lagi laa tidak buat ๐Ÿ˜ซ Tunggu discuss dekat kelas baru sibuk copy jawapan. Tu pun kalau rajin. Kalau malas, fotostat ja tutorial senior. Sobsob. Bila kena bagi esaimen pula, buat last minit. Tu pun boleh lagi copycat kawan punya esaimen. Hmm kesian kat kawan terpaksa kurang tidur juga sebab mahu bantu kita buat kerja yang kita tangguh tu. Esoknya pegi kelas, mata bengkak sebab tidur sejam dua ja.

Banyak lagi laa ragam sebagai pelajar ni. Tak sengaja pun hoho. Sebab tu kena minta ampun maaf. Minta lecturer halalkan semua ilmu yang dia bagi. Biar senang sikit ilmu tu masuk. Senang dan tenang sikit jawab exam. Sejenis perangai lagi kalau suka cerita pasal lecturer tu belakang dia. Plus mengumpat lagi tu dengan lecturer lain semata-mata mahu ambik hati lecturer satu (ni bukan spesies kami. Phew!) Jadi jangan tanya laa kenapa sejuta kali ulangkaji subjek tu tapi apapun ndak lekat. Buat laa soalan yang sama berulang kali, tetap tidak dapat buat. Berkat seorang guru tu penting. Sebab ilmu tu yg kita akan applikasikan sampai bila-bila.

Tidak kesah laa lecturer tu tua setahun atau lagi muda dari kau. Dia tetap orang yg sampaikan ilmu untuk kau. And kau kena ada rasa hormat tu. Bila lecturer mula layan kau macam kawan-kawan dia, mula laa kau pijak kepala dia. Main suka hati ja cakap apa kau mau, buat apa kau suka. Amboi. Kau ingat lecturer kau buat begitu sebab apa? Supaya kamu tidak terlalu rasa keanak-anakan. Tapi ini tidak. Makin lecturer tu bagi muka, makin manja pula. Ewah, kalau pelajar sekolah menengah boleh consider lagi. Ni budak degree. Takkan semuanya mau kena suap pula. Huh!

Ehhh ada student kawan aku, whatsapp ja lecturer dia subuh-subuh minta maaf bagai, kena halalkan semua ilmu. Hamboiii. Oh lupa. Zaman sudah berubah. Hikkks. Sekarang tidak perlu pun bersua muka untuk semua tu, hujung jari jewww (Hek eleh. Macam ja lecturer tu mengajar di alam maya *anak mata ke atas*) Fine. Fine. Okay laa kan daripada tiada ๐Ÿ’ (eventho kita tau lecturer sudah halalkan dari awal pun. Ikhlas ja bagi ilmu. Tapi still ndak salah kalau kita sendiri yg minta semua tu. Kan?) Rasanya juga laa usaha gigih kita sampaikan elmu tu dihargai, waaaalaupunn.

Aku tidak tahu apa beza student zaman aku dengan student zaman sekarang ni. Sebab aku cuma tau aku and kawan-kawan rapat sebagai student. Kawan yang ribu riban tu aku have no idea apa dorang buat. Tidak boleh laa kan judge based on my observation ja kan? Tu pun dalam lingkungan super minority. Cuma tu ja laa. Have some respect dengan orang yang bagi kau ilmu. Walaupun kau menyampah gila dengan orang tu. Respect orang lain kalau mahu orang lain respect kau. Simple!

Btw. Aku just admire gila dengan kegigihan lecturer semua ni. Ingat senang jadi seorang pendidik? Mana mahu handle kelas lagi, siapkan lecture note, soalan tutorial, test, assignment, mid term exam lagi. Dengan kerja office lain lagi. Hu hu.

Terima kasih PARA PENDIDIK! ๐ŸŒธ

P/S Harus laa ambik gambar. Lagi banyak lagi bagus. Baru ada benda yang boleh dilihat sbg kenang kenang kenang kenangan. Hewww ๐Ÿ˜˜๐Ÿ’“

Ex-student USM, Penang
Aya Sasa
9.46 am
FNSS UCSF