Gerak-gerak

Lagu

Wednesday 9 January 2013

S.E.L.E.S.A.I

Jasamu dikenang

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.
Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam yang kita peroleh.

Setinggi-tinggi rasa syukur dan terima kasih pada Ilahi
sebab all papers are done! :)

5 papers yang dijawab dengan pertolongan Ilahi
akhirnya selesai.

Sudah berusaha dan melakukan yang terbaik,
sekarang tiba masa berdoa dan tawakkal.

Semoga saya,kamu dan anda-anda sekalian
mendapat keputusan yang cemerlang.

Jutaan terima kasih buat pensyarah-pensyarah,
tutor-tutor,kawan-kawan
yang banyak membantu saya dalam pelajaran
semester kali ini.

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.

Segunung terima kasih juga buat mak bapa saya
yang banyak bagi kata-kata semangat,
*yang banyak menjeleskan saya tentang keberadaan mereka di kampung*
sayang kalian :)

*ececeh,macam dapat award pulak kan. hahaha*

Alhamdulillah,segalanya telah selesai.
Tidak sabar mahu pulang.

Apa yang penting,kita telah cuba yang terbaik.
Selebihnya kita serahkan pada yang Maha Kuasa.

Kita merancang,Allah juga merancang.
Dan sebaik-baik perancang itu adalah Allah.

Moga Allah redha.

Dan Tuhanmu berfirman,"Berdoalah kepadaKu,nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.
-Surah Ghafir,ayat 60-

Letakkan pengharapan kepada Allah
kerana Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik.

psssttttt..
Buat rakan-rakan seperjuangan yang masih perlu berjuang,
teruskan usaha anda.
Semoga dipermudahkan dalam menjawab
dan diberi kefahaman yang mantap.
Selepas itu,selamat bercuti =)

Buat rakan-rakan yang senasib dengan saya,
Selamat menikmati cuti anda. ^_^

Sebagai manusia,saya sayang kalian kerana Allah :)

p/s : packing barang. sangat tidak kesabaran mahu balik rumah. *winkwink*

Burung yang mahu kembali ke sarang,
Aysa Kamaruddin.

Sunday 6 January 2013

Memori Tanah Tinggi Genting


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah,setinggi-tinggi rasa syukur pada Ilahi sebab masih dipinjamkan nafas hari ni.

Alhamdulillah jugak,sebab dapat jumpa tahun baru. Weeee~~ :)

Sekarang ni kami tengah minggu exam.
Tapi,entry coretan patik kali ini bukan pasal exam.
Insya Allah,esok lusa patik cerita tentang exam. Hehe.

Seperti yang anda baca pada tajuk di atas, cewaaahhh
maka inginlah patik ceritakan peristiwa di sana.

Hari tu (27/12), kami (Persis and the gang)
pi Genting Highland.
Alhamdulillah, sampai jugak pi sana.

First time sampai sana, seriusly bikin teruja. Haha.
Masing-masing eksaited sebab bercakap jak keluar asap dari mulut.
Macam di Kuria-kuria bha dorang bilang. Hehe.

Seriously, dapat main-main.
Kami main all parks.
Gilak best u know.

Tapi,sayangnya. Petang tu hujan.
So,ada certain permainan tu ndak dapat dimain.

Sedih? Terkilanlah sikit.
Yalah,bukan selalu dapat peluang keemasan pi genting.
Lebih-lebih lagi for free.
Manada orang mau belanja. Hoho.

Insya Allah, ada rezeki nanti,
patik pasti akan datang lagi.

A lot of thanks buat Kak Dar,
sebab bersusah payah untuk genting ni.
Bersusah-susah supaya kami dapat pegi dengan freenya.
Really appreciate it.

Thanks buat kawan-kawan, ahli keluarga PERSIS
kerana sudi berkongsi memori bersama. Ngee~~

Sebagai insan biasa,saya sayang kalian.
Sayang yang baca kemerepekan saya di entry ini.
Sayang mereka yang menyayangi saya.
Sayang mereka yang tidak pernah lupakan saya.
Sayang mereka yang sentiasa menjaga saya.
Sayang kalian kerana Allah.
Moga Allah sayang anda dan saya lebih.

Gambar-gambar?
Cuba tengok sini ^___^

Yang gembira,
Aysa Kamaruddin