Gerak-gerak

Lagu

Friday 26 October 2012

Perantau Raya

Raya kami ^-^
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah,masih diberi nafas untuk menikmati indahnya kehidupan. :)

10 Zulhijjah,tarikh yang menyaksikan begitu banyak pengorbanan.
Pengorbananan yang melibatkan para anbiya'.
Pengorbanan yang juga cukup besar oleh para sahabat nabi terdahulu.

Allahu akbar.
Bila keimanan diuji,pengorbanan memang perlu ada.

Mengintai kembali sejarah di balik adha ini. Tengok sini ^-^

Dalam kebesaran jiwa,ada benda yang kita tidak boleh bayar dengan apapun.

Ada sesuatu yang buat aku bermuhasabah tentang keberuntungan diri.
Alhamdulillah,saya dan mereka masih merasakan raya
walau terpaksa berjauhan dengan mereka yang tercinta.

Cuma dipisahkan oleh Laut China Selatan.
Mungkin bagi orang lain biasa.
Tidak bagi anak manja seperti aku. *manja dengan family sahaja*

Beraya di perantauan memberikan saya 1001 hikmah. lebih lagi..hoho~
I get to appreciate what I left behind especially my family.

Mungkin pengorbanan saya tidak sehebat mereka.
Tapi,pengorbanan yang kecil tu juga consider as berkorban kan? ^_^
Yupp. So,secara tidak langsung saya juga berkorban.

1. Mengorbankan rasa rindu yang membuak-buak terhadap ahli keluarga.
2. Berkorban kepenatan bila terpaksa berjalan kaki ke masjid dalam kampus.
3. Berkorban roti gardenia dan sky jus sebagai santapan hari raya.

Nope. Saya tidak merungut.
Bahkan,saya sangat bersyukur. Saya rasa sangat bertuah.
Dalam ribuan manusia,saya terpilih menjadi tetamu Allah di bumi Minden. :)

Mak cakap saya kena belajar mandiri.
Lepas ni kena biasakan beraya jauh dari orang-orang tercinta.
Untung masih dalam negara yang sama.

Thanks a lot mak,pak. ^_______^

p/s : rindu saudara buras. hehehe. "Raya tanpa buras,ibarat minum kopi tanpa gula."













SALAM AIDILADHA semua (",)

Raya si perantau,
Aysa Kamaruddin.




Saturday 6 October 2012

Eratkan silaturrahim Cekak~

Assalamualaikum.
Alhamdulillah sebab kita masih dapat menikmati pemandangan yang indah-indah hari ini.

Hari ini,aku mahu kongsikan pasal hari interaksi tadi.

"HARI INTERAKSI SILAT CEKAK" :)
gahkan nama kat belakang tu? hee~~

Tujuan dia sama macam persatuan-persatuan yang lain.
Nak mengeratkan lagi silaturrahim antara pihak junior dan senior.

Alhamdulillah,semuanya sporting dan baik sangat-sangat.

Aku ni bukanlah peramah betul.
Tapi,jangan takut. Kau tegur aku,confirm aku layan.
Ndak jugak bha aku kasii kuyak. Hee~

At least,time interaksi ni aku ber'communicate' dengan orang yang aku tak pernah tegur pun.
Muka aku ni menakutkan mungkin. Hihi ..

Time-time macam ni jak aku mesra. Dekat luar,belum tentu lagi.
Bukan sombong.tapi segan sikit. Hok aloh..

Biarpun aku ni tak berapa nak dikenali,at least dalam aktiviti macam ni,
aku rasa punya keluarga.

Untuk ahli keluarga PSSCMUSM...

THANKS A LOTTT !! ^______^

Bercabang tiga si gunung daik,
Kamu memang terbaik.
*Bukan NYDP je ada pantun. Hehe*

'Hidup Cekak'


1st year + 2nd year + 3rd year = HAPPY !


Kami keluarga ^_^


Senamrobik dulu~

Ni abang Fizik~


Oh. NYDP yg membuli junior. Jgn tiru aksi ni. =p



Awanis dan Kak Aishah


peace ..


Tengok fasi2. Semangat. Tahniah!

Testing suara.1 2 3 :)

Haiii..


Indahkan ciptaan Ilahi <3


Alhamdulillah,selesai sudah.
Banyak lagi aktiviti lain yang menunggu.
Tiada kesabaran sudah. Hehe.

Jutaan TAHNIAH dan terima kasih kepada exco-exco yang susah payah buat semua ni.
A lot of thanks juga tu kakak-kakak,abang-abang,tenaga pengajar yang sudi bersama kami,
Buat kawan-kawan seperjuangan dan junior,anda semua juga terbaik.

DAEBAKKK..
Korang memang the best ^______^V


Yang gembira hari ini,
Aysa Kamaruddin.




Wednesday 3 October 2012

Nama Saya :)


Assalamualaikum. Bertemu lagi kita kembali. cewaaahh :)
Pertama dan selamanya,ucapkan ALHAMDULILLAH sebab kita masih dapa hirup udara percuma hari ini.
Kedua,jangan lupa SENYUUUUMMM ^_______^

Ok. Seperti tajuk di atas. Sila rujuk semula kiranya terlupa. Hee~

Sebenarnya kes ni berlaku since aku sekolah rendah lagi. Huhu. Sedihkan?

Bila mana ejaan,sebutan dan apa-apa jak laa tentang nama aku menjadi perbahasan.
Kena panggil ikut ejaan ka ikut kebiasaan nama-nama yang lain.

Disebabkan perbahasan yang tidak berkesudahan tula aku tanya bapa kesayangan aku.

Cerita ini bermula 'hampir' 20 tahun yang lalu. Jengjengjeng :p

Kononnya,ayahanda kesayangan bagitahu,
nama ni pakcik aku yang bagi.
Sempena istimewanya hari kelahiran aku.

Nak dijadikan cerita.

Bapa aku pegi laa pendaftaran.

Maklumlah orang dulu-dulu,mengeja pun tak 'pass' sangat.

Time sekolah menengah,semua orang tanya kenapa ejaan nama aku macam tu.
Hendak disebut pun macam tidak berapa nak sedap.

Yang kelakarnya,waktu sekolah menengah dulu.
Time mahu introducekan diri dalam 1 persatuan tu.
Aku pun cakaplah nama aku.
But,aku sebut macam ni : AISYAH.

Kawan 1 ahli persatuan aku tu pun perbetulkan. Baik kan dia ? :)
Dia cakap : "Eh,nama dia AISAH laa."

Terima kasih saudari.

Di situlah aku mula mencari jawapan.
Apa perbezaannya?
Memang ejaannya berbeza. Kalau ejaan beda,pastinya sebutan juga beda kan? Hoho~

Aku pun dengan muka tidak tahu malu apa-apa,tanyalah bapa aku.

Then,bapa aku cakap.
Ada masalah time pendaftaran. Maklumlah bapa ku ni tidak berapa arif.
Bapa aku ada juga pegi pendaftaran sekali lagi semata-mata mahu tukar ejaan nama aku tu.
Baikkan bapa aku :)
Tapi,pendaftaran cakap tidak boleh sudah.
Sebabnya aku telahpun bersekolah. Skemanya ayat. :p

Jadi,kalau orang tanya nama aku. Aku akan sebut kedua-duanya.
AISYAH dan AISAH.

Begitulah kisahnya. Hehe.

Terpulang kepada anda mahu memanggilku dengan yang mana 1.
Mak dengan bapa aku panggil kedua-duanya. Walaupun AisYah itu lebih kerap.

SOOOOO . . . . . .

^_______^V

Panggillah dengan nama yang elok-elok.

Nama tu kan doa :)

SAYANG KAMU (",)


Yang juga pernah terkeliru,
Aysa Kamaruddin.



Tuesday 2 October 2012

Pembukaan Oktober yang MERIAH :)

 Assalamualaikum semuaaa ..

Alhamdulillah .. Semalam bersamaan 1 OKTOBER 2012,
birhtday roomate aku a.k.a CHE YU YU sayanggg .

A lot of suprises u know~

Actually,cerita ni bermula pada malam sebelum detik 12 malam.

Pelannya kononnya tidak mahu melayan.
Tapi,macam tak sampai hatilah pulak.

Kalau boleh biar dia ingat BIRTHDAY ni sampai bila-bila.
Kalau boleh,biar dia cerita dekat anak cucu dia nanti.huahuahua:)

Tapi,alhamdulillah. Everything berjalan dengan lancar.
Terima kasih kepada kakak Huda,KAK LAILI sebab bekerjasama dengan kitorang.

Yang paling bestnya sambutan birthday ni sebab dalam video pembikinan 'pengarah' terkenal,
diselitkan SPECIAL guest yang membuatkan orang 'ter'excited.hohoho.

Oh,sungguh ALAR berjaya memikat hati banyak pihak. cewaahh.

Seriously,ni sambutan birthday yang paling spesial.

So,Che Yu Yu. Hadiah ini sebagai tanda penutup usia belasan tahun anda.

So,now. U are officially 20.
Say HELLO tu 20,say GOODBYE to MR.19 :)

Then,biarkan foto berbicara ^_____^

This is our story.
Hai Oktober !

kenangan tercipta

Huda's day :)
Huda and me!


Ok. Pembukaan Oktober memang gempak.
Walaupun banyak cabaran,namun kami tempuh jugak dengan penuh kesabaran.
*ok,ada nada minta puji di situ. Haha*

Special credits untuk kawan-kawan yang sama memeriahkan majlis:
Ninie,Lieya,Ros,Syue and Dayah

Paling 'special' credits untuk guest yang muncul di akhir pembikinan video kami.
Thanks a lot sir. Kehadiran anda sangat memeriahkan suasana. Eseh.

Maka,berakhir sudah. Tapi,kenangan itu pasti akan kekal.

SAYANG KAMU SEMUA.

p/s : Gambar itu penting kerana setiap gambar ada kisah dan cerita di sebaliknya. Ngee~~ ^_^

Yang amat menyayangi kalian,
Aysa Kamaruddin.