Gerak-gerak

Lagu

Sunday 16 February 2014

GOODBYE SEM 5

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Allahu Akbar! Allah Maha Besar!

Ya Rabb, thanks for everything. Alhamdulillah!

Entri ni lebih memfokuskan kepada events yang berlaku sepanjang sem 5.

Honestly, this sem is a very tough semester for me.

Terlalu dan teramat banyak benda yang jadi.

Here we go.

'Senarai-senarai' benda penting yang berlaku sepanjang semester 5 *jengjengjeng*

1. Program Eksplorasi Sukan Rakyat

Salah satu big event SRN. Thanks a lot kepada semua pihak yg terlibat secara langsung dan tidak langsung. Program inilah yang banyak meng'improve' communication saya. Secara jujurnya, saya bukan orang yang pandai berkomunikasi dengan orang-orang penting. Segan. Tak yakin. Semua rasa rendah-mendah ada pada diri. But, nothing impossible and yeahh, saya dapat buktikan benda tu cuma alasan semata.

2. Program bersama Anak Yatim dan Asnaf

Yang ni saya dah explain panjang lebar di sini

3. 21st Birthday Celebration

Celebration yang buatkan saya sedar yang diri ini bertambah usia. Umur meningkat, ajal mendekat. For the first time sambut birthday sebanyak dua kali. Mucho gracias untuk geng Ukhuwah Till Jannah (UTJ) dan TeamSRN. UTJ dengan surprise masak- memasaknya (bila mana masa ini saya sangat teringin makan spaghetti) dan TeamSRN dengan mandian tepung dan air di subuh Ahad. Hanya Allah yang tahu betapa terharu dan bertuahnya saya punya kalian *kupas bawang*

4. Program Kepimpinan dan Silang Budaya

Another programme yang menggugat hati wanitaku. Bilamana fikiran ini langsung tidak sependapat dengan hati dan perasaan. But, Allah knows better. There are too many excuses yang menyebabkan saya tak nak pegi program ni but at last, I said 'YES'. A lot of thanks to Halim dan Ashraf sebab 'paksa' saya join program ni. Memang betul, setiap yang jadi tu mesti ada hikmah dia. And here, saya dapat pengalaman yang tidak mungkin dapat saya kutip di mana-mana.

5. Pesta Penang

Entah dapat atau tidak lagi datang sini. I'm so sorry, my dearest friends sebab lepas naik benda tu, kepala jadi tidak betul. Jadi tidak dapat menikmati pesta itu sebaik mungkin *Naik lagi benda tu. Padan muka!*

6. Durian vs Movie

Yang ni best jugak! Bila tiba-tiba dapat mesej dari Satriani, bagitahu mahu keluar makan durian petang tu. Untuk hantu durian seperti saya, pastinya itu adalah berita yang paling menggembirakan. Heheeww! Sebabkan makan durian macam kejap ja, keluar pun macam alang-alang, maka ajaklah Bukhari bawa kami pergi Sunshine (kononnya mahu main boling) sebelum pergi tengok wayang di Queensbay. Best! Thank you guys!

7. Program Imam Muda Nazrul

Minta maaf banyak-banyak dekat member-member SRN sebab tidak datang BBQ. Since I adore IM Nazrul so much. But then, I realize that sebenarnya saya suka cara dia menyampaikan ilmu. Biarpun saya expect more than sekadar cinta manusia, lelaki perempuan ni, but yeaahh I got lessons to be learned. Ada ayat-ayat yang menyentuh hati yang hampir liat ini. Praise to Allah.

8. Diari Untuk Ahmad Ammar

Siapa yang tidak kenal as-Syahid Ahmad Ammar ini. Ya Allah, betapa arwah ditarbiyah dengan cukup baik bilamana ayahanda almarhum menyuntik semangat ummati dan akhirat dalam diri beliau. Seorang pendiam namun menyumbang jasa yang besar dalam agama Allah. Kata-kata almarhum kepada ayahnya : "Dunia ini tempat untuk berjuang dan bersusah. Jika hendak rehat, kita rehat di syurga." Seorang yang mengimpikan mati syahid. Pernah bermimpi bertemu bidadari dan kematiannya dianggap sebagai syahid yang tertangguh. Moga Allah menempatkanmu dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah!

9. Final exam untuk semeseter 5

Hari Isnin, 30 Disember 2013. Paper pertama. Bersedia bertempur dengan segala kertas dan pen. Idea mencurah-curah sehingga formula sendiri dikeluarkan. Seterusnya, paper pada 2 dan 3 Januari. Berakhir pada 15 Januari. Jarak masa yang cukup lama.

10. Hiking dan Boling

Dua benda yang sudah lama saya impikan, akhirnya terlaksana. Syukran jazilan kawan-kawan. Hiking yang cukup memenatkan tapi memberi kepuasan. Walau tidak setinggi mana tapi cukup menguji stamina. Boling. Huh! Permainan yang selalu menyebabkan bola masuk ke dalam longkang namun saya tetap gembira bermain dengannya.



Terlalu banyak kenangan dan memori sepanjang semester 5 ini.
And, for the first time saya sakit dalam tempoh masa yang lama, take time untuk sembuh.
Sihat seminggu, then sakit lagi.
Alhamdulillah. Salah satu tanda Allah sayangkan saya.
Allah hantarkan sakit sebagai kaffarah dosa, insya Allah.

Terima kasih untuk kawan-kawan yang prihatin dan ambil berat.
Terima kasih untuk bubur yang diberikan, cool fever, ubat-ubatan yang tidak saya makan.
Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian.

Semester yang buat saya rasa mahu menangis semahu-mahunya.
Mahu menjerit sekuat-kuatnya.
Tapi tanpa alasan muhasabah.

Terima kasih kepada mereka yang setia di sisi.
Terima kasih sebab sudi pinjamkan~
:: telinga untuk mendengar segala keluhan, celoteh, dengar saya meroyan, merepek setiap hari.
:: Bahu untuk bersandar bilamana mata tidak lagi mampu menampung mutiara jernih

Terima kasih sebab sudi mendengar dan bertukar pendapat.
Terima kasih kerana memahami kesedihan dan kegembiraan yang ada.

Moga Allah merahmati dan memberkati kalian.

I may not have everything I want in life. But I'm blessed enough to have all I need. For this, alhamdulillah!
I'm grateful. Ya Rabb, syukran jazilan.

nota matahati telinga jantung : Cuti sebulan sudah berakhir sayang! ;)

Aysa Kamaruddin,
USM.