Gerak-gerak

Lagu

Wednesday 11 December 2013

11.12.13 - A Date to REMEMBER


Happy birthday to me.
Happy birthday to me.
Happy birthday to CT Aisah.
Happy birthday to me.

Yeaaayyy!
Haha. Forever alone di situ -_-

Aisah, Aya, Ecah, Sasa, Isah, Chacha, Sitti, Siti, Esah!

Selamat Hari Lahir!
Sanah helwah ya gameela!
Happy birthday to u!

Heyyy diri. Selamat ulangtahun kelahiran!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Setinggi-tinggi rasa syukur pada Allah sebab masih beri saya nafas percuma hingga ke detik ini.

I AM OFFICIALLY 21!

Syukran jazilan ya Allah.
Syukran atas bertambahnya umur.
Pertambahan umur buat kita muhasabah diri.
Makin umur meningkat, makin ajal mendekat!

Mak, pak. Terima kasih atas segala-galanya.
Terima kasih sebab jaga anak mak dengan bapa ni dengan sangat baik!
Terima kasih sebab bagi kasih sayang yang lebih dari cukup.
Terima kasih sebab jaga makan, minum pakai kami adik beradik dengan perfect.
Terima kasih sebab hantar dan bagi restu kakak belajar USM.
Terima kasih sebab percayakan kakak mampu berdikari.
Terima kasih mak!
Terima kasih pak!
Anak kalian dah 21!

Dah boleh mengundi kan pak? ^_^

"Dulu mak kahwin umur 21."

Eheemmm. Mak,anak mak ni pun dah 21. So? *gelak jahat*

"Sanah helwah aisah... smoga sentiasa brada dlm lindungan n rahmat Allah... do the best 4 ur final..."

"Sanah helwah Ismi Aisah... andai jari jemari ini pndai melukis potretmu, sudah tentu kuhadiahkan ia buatmu hari ini, namun ternyata jari ini sangat kaku berbuat begitu, cuma yang aku bisa adalah mendoakan kesejahteran, kebahgiaan dan kejayaan untukmu dunia dan ukhrawi"

"happy birthday setiausaha!!! hv a nice day my dea"

"Wish u simple life pleasures in life, a truly bright future...semoga dikurniakan iman yg sempurna, akhlak yg terpuji dan umur yg bermanfaat! Sanah helwah!"

"Today is ur day. So wishing u a birthday filled with sweet moments and wonderful memories to cherish always..HAPPY BIRTHDAY dear !!!"

"Happy Birthday!!! TUA SUDAH KO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! HAHAHAHHAHAHA"

"kak Aisah. happy birthday sweet 21. lol. semoga panjang umur, murah rezeki dah hidup mendapat rahmat-Nya. Last but not least, semoga berbahagia !

"Haaaaaaaaaaaaaaaaaaapppy birthhhhhhhhhhhhhday kak aisah! May the cakes fall from the sky right on your face. May Allah showers you with His blessings."

"11.12.13. .wah!! sngat cntik date nya. .jeles. nway happy bday aisah."

"Happy Birthday my dearest friend, may u be successful in you life, may our friendship will last forever...nice birthdate this year Sasa...hehe"

" Slamat ulg thn.. Semoga ALLAH sembuhkan kesakitan anda dan permudah urusan anda dunia akhirat."

" happy birthday syg~may ALLAH ease each way and step u take dearie..amin ya Rabbal alamin."

"Ok.jam beta sudah 12:02 pm.HAPPY BIRTHDAY SITTI AISAH KAMARUDDIN!! Me love you so much! "

"Selamat menyambut kelahiran yang ke-21 buat Setiausaha Agung SRN 13/14. "

"Sanah helwah, HB, happy birthday, hepi btday."

Sebahagian dari ucapan mereka.

Dear kawan-kawan.
Mucho-mucho-mucho gracias!
Terlalu banyak doa dan ucapan.
Tidak mampu saya balas dengan kata-kata.
Aaamiin-aamiin ya Rabbal 'alamin.

Oh ya! Ucapan skema itu daripada YDP SRNUSM 13/14 ;)

Dan pastinya, ucapan semoga bertemu jodoh, cepat kahwin itu ada -_-

"Knowing you is a blessing.although now we miles away, you still be my side high or low.fren, thank you for all the things that you do and you the best that life could offer.love you and happy birthday my other one." (Hasliana,2013)

I am touched Maciikkk! :')

Terima kasih yang wish di FB, Twitter, Instagram, WeChat, Whatsapp, mesej, call malam-malam.

Thanks a lot guys!

Moga Allah merahmati, melindungi dan menjaga kita semua.
Fi hifzillah my kesayangan semua!

"Pak,hari ini hari apa?"
"Hari Rabu lah."
"Oh,ok." *nada sedih*
"Haha. Hari jadimu lah. Selamat hari jadi nak!"

Oh my bapa *sobsob*

Mak, pak. Thanks untuk ucapan dan nyanyiannya.
Sedar diri anak kalian makin dewasa. Hoho.
*habuk masuk mata lah pula*

Ok! Sebelum berakhirnya tarikh yang cantik ni,
dengan rendah diri, saya ada wish yang nak dibuat.
Dengan rasa 'minta puji' nya mengharap ada jejaka tampan, hensem, bergaya datang meminang.
Hahaha!
Gurauan semata! *mohon dibelasah*

Doaku buatmu Aisah :

"Ya Allah. Berikan kejayaan untuknya dunia akhirat. Kuatkan dia dalam menempuh kehidupan yang penuh tipu daya ini. Limpahkan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikan dia anak yang solehah, yang berbakti kepada ibu bapanya. Ya Rahman, kurniakan dia ketabahan dan kesabaran, teguhkan hatinya dalam agama dan ketaatan kepada-Mu. Semoga dia sentiasa istiqomah dalam mencari redha-Mu. Ya Rahim, berikanlah dia umur yang bermanfaat, rezeki yang halal. Permudahkan segala urusannya di dunia dan akhirat. Bimbing dan tunjukkan dia jalan yang benar dan lurus. Semoga bisa berdikari dan tidak lemah bila sendiri."

Aaamiin,aamiin ya rabbal 'alamin.

Ya Allah, sungguh hamba yang kerdil dan hina ini mengharapkan redha dan jagaan-Mu!

Ok. Nampaknya entri kali ini sangat panjang. Muehehe.
Maklumlah. Ini entri terakhir untuk tahun ini.

Oh! Baru teringat!
Mungkin ini sambutan hari jadi saya yang terakhir di bumi Penang.
Disember terakhir saya di sini.
*Nak pergi Pesta Penang kali terakhir =(

Eh! Eh!
Macam mana kalau sambung master lagi di USM?
Kahwin dengan orang Penang kah?
Atau dapat kerja di Penang?

Ok,ok!
Maksudnya ini adalah bulan Disember dan birthday celebration saya yang terakhir di Penang sebagai pelajar Degree.
Doakan kejayaan bersama ya!

Last but not least.
Moga sepanjang 21 tahun ini, Allah redha =)

11 DECEMBER !!
Hope to see u again next year ;)

By the way.....

Esok, bersamaan 12 Disember 2013, 9 Safar 1435H.

My MOM's DAY!

Yeaahhh!

Happy birthday mak! *in advance*
Wish to be there for you ^_^

"Ya Allah, dia adalah ratu hatiku. Penenang jiwaku. Ya Allah, kurniakan beliau kesabaran dan ketabahan. Berikan beliau kasih sayang-Mu. Limpahkan beliau dengan cinta-Mu. Cukupkan beliau dalam apa jua."

*speechless*potong bawang sebaldi*

Mak!
Moga kuat!
Moga awet muda selalu.
Moga terus sabar dan tabah melayan karenah anak-anak mak yang super duper nakal ini.
Moga dilindungi dan dirahmati Allah selalu.
Moga panjang umur, murah rezeki dan senyum selalu.

Ibu,ibu. Engkaulah ratu hatiku!

Sayang mak!

Ya Allah, moga cinta kami ini sampai syurga :)

Birthday girl,
Aysa Kamaruddin.
11.42 pm



Monday 9 December 2013

Ukhuwah Kasih


Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera..

Ouuucchh, nampaknya begitu lama patik tidak menjenguk blog usang ini.

Mr Belog yang dichentai, maafkan patik!

I have a story to tell u, Mr Belog.
Story yang sangat ohsem! ^_^

Baru-baru ni, 6-8 Disember 2013, pihak SRNUSM buat program.
Program "Ukhuwah Kasih bersama Anak Yatim dan Asnaf as-Solihin."
Program ni dibuat di Banting, Selangor.

Syukur, alhamdulillah. Lama merancang, baru dapat dijalankan.
Kita merancang. Allah juga merancang. Dan perancangan Allah itu yang terbaik!

Syukran jazilan ya Allah sebab beri kami peluang dan kesempatan ni.
Mucho gracias Kak Wani sbg Pengarah Projek program ni.
Thanks untuk Kak Miza, Kak Azidah dengan Kak Sima jugak.
Terima kasih YDP dan ahli-ahli SRN yang lain.

Secara peribadinya..
Peribadi.
Maksudnya, from my point of view.

Jujur! Mula-mula sampai tu, sebak rasa.
Sebak kenapa?
Sebak sebab Allah bagi saya peluang untuk berjumpa dengan adek-adek tu.
Sebak sebab saya antara mereka yang bertuah pergi program ni.

Dari dulu lagi, saya punya impian.
Impian untuk datang rumah-rumah anak yatim dan asnaf.
Dan Allah makbulkan!
Tidak terucap rasa terima kasih ini ya Rahim!

Banyak saya belajar dari sini.
Belajar dari adek-adek ni.

Dengar adek-adek bercerita cukup untuk saya muhasabah diri.
Bisik pada diri sendiri.
"Ya Allah, betapa beruntungnya saya."
"Ya Allah, moga kami nanti menjadi ibu bapa yang amanah dan sayang dengan anak-anak kami. Biar sesibuk manapun, kami tidak lupa tanggungjawab kami."

Ada satu budak tu, sangat banyak cakap.
Ceritanya panjang berjela.
Tapi, bukan omong kosong.
Luahan perasaan mungkin.
Luahan rasa seorang anak, seorang abang mungkin juga seorang ahli rumah tu.

Macham biasa.
Saya hanya mampu mendengar dan mendengar.
Sedikit nasihat dan kata semangat untuk adek tu.
Saya tahu dorang kuat.
Dorang tabah.
Yup, lebih kuat dan tabah dari saya.

Ada budak perempuan tu datang. Bawa saya bercerita. Banyak! Sampailah dia cerita pasal mak ayah dia, then saya tanya..
"Mak ayah kerja apa?"
"Ayah bisnes. Mak tolong ayah."
*senyap kejap*
"Tapi kak. Minggu ni, mak tak datang lawat saya pun."
*sambil buat muka sedih*

Hati mana yang tidak meronta hiba tengok ekspresi muka tu.
Moga kuat dek!

Hari pertama tu, cuma ada tayangan video tentang kebersihan. Diselitkan kuiz.
Respon yang memuaskan dari adek-adek =)
'Ice-breaking' juga.
Kenalkan nama, hobi, umur, cita-cita.
Dorang memang peramah.
Semuanya ditanya.

Hari kedua.
Buat senamrobik.
Main permainan sukan rakyat!
Nampak keterujaan adek-adek main sukan rakyat ni.
Lepas tu, main sukaneka.
Kotor pakaian tu tak payah chakap laa.
Tapi, siapa kisahkan?
Tengok adek-adek ni main dengan gembiranya, sudah cukup buat hati tersenyum puas.
*Abang kakak ni kah yang excited lebih? Hehe*
Hujan-hujan pun gembira main.
Malam tu, ada persembahan kebudayaan.
Kakak-kakak, abang-abang peragakan baju kaum-kaum di Malaysia.
Macham biasa, ada cabutan bertuah.
Ada persembahan nasyid.
Lirik lagunya. Paaappp! Sampai ke hati, jantung, limpa semua.
Sampai sekarang terngiang-ngiang dengar dorang menyanyi.

Hari ketiga.
Senamrobik tanpa adek-adek.
Then, ada gotong-royong sebelum meninggalkan tempat tu.
Sebelum tu, sempat lagi main sukan rakyat dengan adek-adek tu.
Nampaknya dorang suka main benda-benda tu.
Congkak, dam aji, batu seremban, chess.
Sempat juga suruh dorang menyanyi lagi.
Kali ni, Abang Halim dengan Abang Luqman turut serta.
Good job abang-abang!

Sebenarnya terlalu banyak cerita di sini.
Dan pasti jadi kenangan yang boleh dicerita pada anak cucu nanti ^_^

Terlalu banyak cerita tapi nampaknya saya tidak tahu mahu tulis apa.
Hoho.

"Kak, akak betul nak stay sini? Saya tahan akak kalau naik bas."
"Kak, jangan lupa datang sini lagi tau."
"Kak, terima kasih sebab datang sini."
"Kak, kenapa akak tak duduk lama lagi kat sini?"
"Akak dah nak balik dah? Sekejapnya."
"Insya Allah, kitorang akan sampai USM."
"Kak, jangan lupakan kitorang tau."

Antara kata-kata terakhir adek-adek yang chomel sebelum bergerak balik USM.
Jangan risau adek-adek!
Kami tidak akan lupakan kamu semua.

Moga jumpa lagi!

Tidak di tempat yang sama, tempat lain insya Allah.
Moga jadi anak-anak yang berbakti!
Moga terus tabah, sabar dan kuat dalam hidup!

Dari kalian, saya belajar erti SYUKUR!

Terima kasih ya Allah!

 

Rasulullah bersabda : "Sebaik-baik rumah tangga muslim ialah yang di dalamnya ada anak yatim yang dilayani dengan baik" (H.R. Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).” (Bukhari)

Cerita ini tidak habis di sini.

Moga Allah redha!

Aysa Kamaruddin,
2.23 pm