Gerak-gerak

Lagu

Thursday 4 May 2017

BAHAGIA ITU MASIH ADA

Aku menarik nafas - panjang dan dalam. Sesak rasa dada ini. Ku hembuskan sekuat hatiku, dengan harapan apa yang menyesakkan dada ku ini akan pergi sejauh yang boleh. Terlalu banyak benda yang terjadi kebelakangan ini. Udara yang ku sedut seakan tidak cukup untuk membuat ku bernafas dengan baik.

Entahlah. Aku yang terlalu memikirkan atau aku yang tidak boleh menerima takdir. Aku buntu. Aku masih tidak menemukan jawapan atas semua persoalan yang aku ajukan. Dan itu ternyata sangat menyakitkan.

"Aya, kau okey tak ni? Dari tadi nampak resah gelisah je."

Sapaan Iffah buat aku kembali ke dunia nyata.

"Eh Iffah. Takde apalah. Aku okey. Penat sikit je ni, banyak kerja kat office tadi."

Jawabku acuh tak acuh. Malas aku mahu menceritakan hal sebenar. Belum masanya lagi. Aku belum bersedia. Aku, entahlah. Fikiranku kusut.

"Tapi kau tak macam ni tau. Penat macam mana pun dekat office tu, kau tetap akan duduk melangok depan tv tu senyum sorang-sorang."

Bahuku dipegang. Hangat tapi rasa nyaman. Aku tahu. Tangan itu yang akan selalu ada memimpin ku saat aku sesat. Tangan itu yang akan dihulur saat aku rebah. Tangan itu yang akan bersedia di belakangku agar aku tidak terjatuh.

Aku melarikan pandangan ku. Suasana balkoni yang sunyi sepi itu menambahkan garam dalam rasa yang aku sedang alami sekarang. Aku melihat satu persatu cahaya bangunan di hadapan rumah kami. Dan aku tenggelam lagi dalam perasaanku sendiri.

"Takpe lah Aya. Nanti kalau kau dah sedia nak bagitahu, ataupun perlukan teman untuk berborak, kau cari aku tau. Aku akan selalu ada untuk kau." Ubun-ubun kepalaku dikucup lembut.

Aku dengar langkah kakinya menuju ruang tamu. Aku tahu, dia masih mampu bersabar dengan ku walaupun beribu masalah aku timbulkan. Biarpun masalah ku akhirnya akan menjadi masalahnya. Perkenalan dengannya dua tahun lepas ternyata tidak salah. Perkenalan yang bermula dari pencarian rumah sewa membawa aku lebih mengenali gadis utara itu.

Aku melepaskan helaan nafas yang sangat panjang. Cukup untuk malam ini ku serabutkan kepalaku. Aku perlu tidur kerana ada meeting penting yang perlu ku hadiri esok pagi. Aku harap tidur ini akan membuat aku lupa semua masalah, walaupun cuma bertahan untuk beberapa ketika.



******************************


"Iffaaaaahh!," jeritku dengan nada girang sebaik saja pintu rumah dibuka.

Aku tahu itu Iffah. Siapa lagikan. Cuma kami berdua saja yang tinggal di rumah itu. Dua orang lagi housemate kami balik kampung bercuti.

"Amboi. Cerianya dia malam ni. Tak banyak kerja dekat office ke?," seloroh Iffah.

"Elleh nak perli orang lah tu. Apa-apa je lah. Iffah, aku ada masak tu, tomyam ayam versi Aya," jelasku sambil terbahak-bahak ketawa.

Mana taknya. Kalaulah yang dinamakan Aya Irdina ni memang taklah nak masuk dapur. Hehe. Kalau dapat rasa air tangan Cik Aya ni kira bertuah tau. Lagi-lagi kalau masak lauk-lauk spesial macam tomyam tu.

"Rajin pulak kau masak harini," ujar Iffah sambil membuka tudung saji.

"Cepatlah tukar baju. Kita makan sama-sama."

"Eh budak ni. Okey-okey. Kejaplah aku pergi mandi, solat, tukar baju k. Kejap lagi aku turun makan masakan enak kau ni," sengih Iffah sambil memanjat tangga.

Aku menghantarnya dengan ekor mata. Bahagia rasanya dapat berborak mesra dengan dia seperti itu.







"Alhamdulillah, sedap masakan kau. Tak sangkakan kau hebat masak. Apesal tak masak je hari-hari?"

Tangan Iffah lincah mencari siaran tv untuk tontonan mata malam ini. Matanya melilau mencari siaran yang kena dengan selera mudanya.

"Ee taknak lah aku. Penat tau. Kau je lah masak. Kau kan selalu balik awal. Sekali-sekala masak, aku okey lah."

"Eh kau tu bukan penat, tapi malas," ujar Iffah serentak dialihkan badannya ke arah ku.

"Hmm kau dah okey?", sambung Iffah sebelum sempat aku balas perli dia.

Aku tidak menjawab. Aku biarkan keadaan senyap seketika. Hanya kedengaran suara tv memainkan Raja Lawak dan suara-suara orang ketawa terbahak-bahak. Mataku tertancap tepat ke arah tv. Tapi pandangan ku kosong. Fikiranku menerawang tetapi tidak tahu apa yang dicari.

"Iffah," panggilku antara dengar dan tidak.

Mataku masih pada skrin tv. Begitu juga dengan Iffah. Menanti dengan penuh sabar tiap bait bicaraku.

"Aku masih rindukan dia. Aku dah cuba sedaya upaya untuk lupakan dia. Aku cuba ingat balik apa yang dia buat dekat aku, tapi aku tak boleh. Aku maafkan dia tapi aku masih teringatkan dia."

Serentak itu, Iffah menarik badanku menghadap dia. Kami berpandangan. Lutut saling berlaga. Aku cuba mengawal air mata dari mengalir. Malu rasanya bila setiap kali berbicara soal ini, air jernih pasti mengalir di pipiku.

"Aya, aku faham. Tapi kau pun kena faham satu benda. Kalau betul pun dia sayangkan kau dengan alasan berpisah sementara, dia takkan balik dengan perempuan tu. Kau faham kan? Kalau betul dia sayangkan kau, dia akan jaga hati dia untuk kau biarpun korang tak bersama lagi."

Keadaan sepi seketika sebelum Iffah menyambung bicara.

"Kau tau tak Allah tengah nak selamatkan kau dari perkara yang sia-sia? Kau tau tak dengan kau yang macamni syaitan tengah bersorak gembira? Allah takkan uji hambaNya di luar batas kemampuannya.

Allah uji dan uji dan uji lagi hambaNya sampailah hamba Dia tu sedar, dekat dunia ni, cuma Allah tempat bergantung harap, cuma Allah tempat meminta, cuma Allah yang akan setia, dan cuma Allah sebaik-baik tempat melabuhkan cinta.

Kau ingat lagi tak apa kau minta dekat Allah tiap kali kau berdoa? Mungkin dalam doa kau, kau minta Allah berikan kau lelaki yang terbaik. Dan see, dia pergi tinggalkan kau. Tu maknanya dia bukan yang terbaik untuk kau. And yeah mungkin dia pergi untuk menjadi yang terbaik. Nanti bila dia kembali, dialah insan yang kau minta dalam doa.

But the situation here is different. Dia pergi untuk bersama dengan bekas kekasih dia. Wake up Aya. Tak guna kau nak habiskan masa kau untuk dia. Tak guna nak bersedih bagai sedangkan dia dah bahagia. Please. You deserve someone better. And that's not him.

Maafkan dia. Tapi jangan pernah lupa, dia adalah insan yang pernah tinggalkan kau saat kau perlukan dia. Dia insan yang membuang kau saat insan lain datang kembali meraih perhatiannya. Jangan paksa diri kau lupakan dia. Be busy, and time will make you forget everything about him, You deserve to be happy Aya."

Air mata aku mengalir lebih deras. Entah mengapa tapi kata-kata itu cukup menampar aku bangun dari dunia impian ku untuk aku berdiri atas jalanan realiti.

Terima kasih Allah.

Terima kasih Iffah.

Ya, aku layak untuk bahagia. Bahagia itu masih ada. Cuma aku ja yang buta. Bahagia itu masih ada. Cuma aku yang boleh cipta -- untuk aku.