Gerak-gerak

Lagu

Saturday 24 August 2013

TIPS : AISY MINHO

Bukan 11 ka? Hekhek :p


Assalamualaikum kalian :)

Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang untuk nafas free ini.

Emm,entri kali ini tentang TIPS.
Actually ni permintaan my bakal junior.
Junior USM. Pure Math :)

Thanks adek Aisy Minho.
Akak bagi apa yang termampu je la ye :D
*gelarkan diri akak boleh kan?*

Sebenarnya. Macam mana nak mula ye? Hukhuk

Ok,macam biasa.
Ni pandangan peribadi saya.
Pandangan kasar saya.
Sebagai mahasiswi SAINS MATEMATIK.

Akak bukanlah pelajar pintar.
Macam orang lain juga.
Banyak lagi yang perlu dibelajar.
Tidak hebat juga.
Insan biasa cuma.
Tunjur ajar kalian diperlukan :)

Ok.
Nak bagi tips ni.
Dah sedia nak membaca ke ni?

As a student.
Mungkin masa mula-mula tu.
Agak kekok sedikit.
Tapi ingat.
Jangan terkena kejutan budaya ye :)
Takut nanti ada yang kecewa.

After that *speaking u'ollss. hihihi*
Kena pandai urus masa.
TIME MANAGEMENT.
Benda ni sangat penting.
Takut-takut nanti 24 jam yang ada tu pun tak cukup.
Mana taknye.
Dengan esaimen berlambak.
Ujian setiap subjek lagi.
Tutorial lagi.
Tu tak masuk aktiviti luar.
Means, ikut persatuan itu dan ini.
Kalau macham saya dulu.
Kalau boleh, semua aktivti nak join.
Ye laa, nak dapatkan mata MYCSD.
Takut nanti tak dapat desa. Hehehe~
Biasa laa.
Budak first year.
Semua nak involve.

Yang ketiga.
RAJIN.
Rajin ni banyak jenis.
Ye laa.
 Korang kena rajin dalam banyak aspek.

First,
Rajin buat tutorial.
Haha.
Part ni memang ramai yang 'rajin'.
Lagi-lagi bila tutor x cek hasil kerja kita.
Lebih-lebih bila tutor suap je jawapan.
Tak semua.
Tapi ada.
Contohnya?
SAYA laa. :(

Second,
Rajin tanya lecturer.
Mana-mana yang tak faham tu.
Cepat-cepat jumpa lecturer.
Nanti makin tak faham.
Ini payah.
Macham penyakit.
Kalau tidak cepat-cepat ubat,
mesti akan jadi terukkan?
Jangan macham saya *lagi*

Third,
Rajin discuss dengan kawan.
Orang-orang chakap.
Buat study group.
Yang ni berkesan.
Bagi orang-orang seperti saya.
Kalau ada study group ni,
korang boleh bincang-bincang apa yang tak faham.
Bukan itu sahaja *waah,skema BM u know :p
Study group ni akan improve pemahaman korang.
Benda yang lupa boleh jadi ingat.
Alaa, senang je.
Korang buat laa group consist of 4 or 5.
Lepas tu bagi-bagi tajuk.
Sorang akan terangkan certain tajuk.
Senang kan?
*ok,yang ni saya tak buat lagi*

Yang keempat.
JANGAN STUDY LAST MINIT.
Yang ni pun bahaya jugak.
Seeloknya, study awal-awal.
Sebab.
Kadang-kadang.
Study last minit ni akan buat kita jadi kelam-kabut.
Ye laa.
Lagi-lagi dekat nak exam.
Tu tak khatam lagi laa.
Yang ni tak habis baca lagi.
Last-last semua hilang.
Nak ingat yang tu,yang ni lupa.

Yang kelima.
MALAS DIHAPUSKAN.
Penyakit M ni memang pasti akan ada.
Time kita cari vitamin R,
makin kuat pulak si M ni pegang kita.
So.
Kita kena pandai laa.
Jangan ikut sangat Incik Malas tu.
Sometimes, kita kena cakap NO.

Sebenarnya.
Banyak lagi.
Tapi.
Mungkin korang ada cara tersendiri kan.
Cara belajar.
Kan kita tak sama :)

Rasanya.
Cukup setakat ini.
Daripada saya.
Maaf.
Kalau ada yang terkurang.

Apapun.
Ni cuma pandangan peribadiku.
Insan yang kerdil.
Lagi tidak berdaya.

Mohon pertolongan daripada Allah.
Sudah berdoa.
Jangan lupa tawakal.
Apa-apa pun kembali pada Allah.

Sayang korang.
Moga Allah sayang kita lebih.
Jumpa lagi.
Adios.
Assalamualaikum.

p/s : Dear Adek Aisy Minho. Kalau nak nota, boleh cari akak :)

Student,
Aysa Kamaruddin
Rumahku Syurgaku