Gerak-gerak

Lagu

Sunday 23 December 2012

My CINTA


Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah sebab bagi kita segala nikmat yang kita ada.
Terima kasih ya Allah. Tidak terhitung nikmat-Mu.

Alhamdulillah, sesi kuliah telah pun berakhir.
Now, time study week. Pecutan terakhir perlu dibuat. Hehe.

Manfaatkan masa yang ada dengan sebaik mungkin ya.
Moga kita semua memperoleh kejayaan yang diimpikan. ^___^

Moga kita berjaya dunia dan akhirat.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mana mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”
[13:11] 

Study,study jugak. Tidur jangan abaikan :)


Inallaha ma'ana. Moga Allah permudahkan segala urusan ^_^
Dekatkan diri dengan Ilahi. Minta petunjuk dari-Nya. Semoga diberikan kemudahan memahami dan menjawab exam nanti. Banyakkan berdoa kepada-Nya agar segalanya berjalan dengan lancar. Agar diberi kesihatan yang baik. Agar ilmu yang kita pelajari bermanfaat untuk semua pada bila-bila masa. Agar kita diberi iman yang benar. Agar kita sentiasa mengingati-Nya bukan hanya di kala susah. Agar kita sentiasa tabah,tersenyum meski saat disakiti. Agar kita semua menjadi hamba-Nya yang soleh. Agar hidayah itu adalah milik kita. Agar cinta kita kepada-Nya semakin utuh. Agar kita sentiasa kuat dan tabah.

Psssst.. Jangan lupa minta doa dan restu ibu bapa,lectures and yang lain2  :)
Doakan kejayaan bersama~

Sebagai seorang manusia,saya sayang kamu ^_^

Manusia kerdil,
Aysa Kamaruddin


Wednesday 19 December 2012

Cita-cita dan Impian

Assalamualaikum.
Alhamdulillah,kita masih diberi nafas free.

Ni kali sembang-sembang biasa jak.
Ada pengajaran?
Anda sendiri berhak menilai.


Saya percaya setiap orang ada cita-cita dan impian masing-masing.
Ada yang mahu jadi pilot, jadi doktor, jadi arkitek.

Sama macam saya.
Dulu,waktu kecil-kecil. Bila cikgu tanya jak apa cita-cita,
automatik saya akan jawab saya mahu jadi CIKGU.

Seriously tiada pekerjaan lain yang saya terfikir selain cikgu.
Salah satu sebabnya juga, saya rasa kerja cikgu ni senang. *pandangan dulu*



Then,bila saya naik Tingkatan 1,
saya teringin jadi PEGAWAI IMIGRESEN.
Apa yang mendorong pun saya tidak tahu. *family mungkin*

Tapi,biasalah. Masa persekolahan,cita-cita bisa berubah kan? hee~

Masuk form 4, saya mahu jadi seorang AKAUNTAN. Tapi,bila disuruh pilih kos,saya terdiam.
Memang saya beruntung sebab dapat pilih kos di sekolah baru tu.
And keputusannya,cikgu tu bagi saya kelas sains tulin. *based on sains dan math for sure*

Waktu belajar biology form 4,saya rancang-rancang mahu jadi seorang DOKTOR.
Ya,doktor. Hanya kerana terpikat melihat si kawan membedah katak. Hoho.


Then,bila SPM berakhir dan result biology ku agak 'comel',
saya beralih arah untuk menyambung dalam bidang Dakwah.
Saya mahu menjadi seorang USTAZAH. Mahu lebih detail,saya mahu jadi PEGUAM SYARIAH.


Namun, permohonan UPU saya ditolak. Rayuan juga tidak berkesan.
Jujur, hati mana yang tidak kecewa.

Saya memilih matrik sebagai pilihan seterusnya.
*saya tidak mahu masuk form 6 atas sebab-sebab tertentu*
Then,saya dapat peluang sekali lagi dalam bidang akaun.
Hanya perlu isi borang dan tukar kos.

Tapi, entah apa yang menghalang.
Saya memilih fizik.
Sem 2 berakhir dengan cemerlang.
*result buruk sikit sebab sem1 result jatuh. huhu*
Fizik dan kimia saya nampak sangat lawa.
Dipendekkan cerita, saya memohon JURUTERA KIMIA.
Saya sangat suka dengan dua subjek tu.

Last minit, saya tukar pilihan. Saya tekan pilihan matematik.
Dan SEKARANG. Saya adalah pelajar Matematik.
Saya juga mahu menjadi seorang KAUNSELOR @ AHLI PSIKOLOGI.
Bila diberi pilihan ambil minor dalam Psikologi, akhirnya saya memilih Islamic Studies.

But, naaah~~
And now,Math is part of my life and I really love it.


Now, u can guess kan what I want to be next ? ^____^

# terlalu banyak cita-cita yang dirancang. Namun,jauh di atas segalanya. Allah tahu pa yang terbaik buat kita.

p/s : Kita sudah merancang dengan sebaik mungkin, tapi perancangan Allah itu jauh lebih baik :)

Mathematician-to-be

Saya dan matematik,
Aysa Kamaruddin