Gerak-gerak

Lagu

Wednesday 3 October 2012

Nama Saya :)


Assalamualaikum. Bertemu lagi kita kembali. cewaaahh :)
Pertama dan selamanya,ucapkan ALHAMDULILLAH sebab kita masih dapa hirup udara percuma hari ini.
Kedua,jangan lupa SENYUUUUMMM ^_______^

Ok. Seperti tajuk di atas. Sila rujuk semula kiranya terlupa. Hee~

Sebenarnya kes ni berlaku since aku sekolah rendah lagi. Huhu. Sedihkan?

Bila mana ejaan,sebutan dan apa-apa jak laa tentang nama aku menjadi perbahasan.
Kena panggil ikut ejaan ka ikut kebiasaan nama-nama yang lain.

Disebabkan perbahasan yang tidak berkesudahan tula aku tanya bapa kesayangan aku.

Cerita ini bermula 'hampir' 20 tahun yang lalu. Jengjengjeng :p

Kononnya,ayahanda kesayangan bagitahu,
nama ni pakcik aku yang bagi.
Sempena istimewanya hari kelahiran aku.

Nak dijadikan cerita.

Bapa aku pegi laa pendaftaran.

Maklumlah orang dulu-dulu,mengeja pun tak 'pass' sangat.

Time sekolah menengah,semua orang tanya kenapa ejaan nama aku macam tu.
Hendak disebut pun macam tidak berapa nak sedap.

Yang kelakarnya,waktu sekolah menengah dulu.
Time mahu introducekan diri dalam 1 persatuan tu.
Aku pun cakaplah nama aku.
But,aku sebut macam ni : AISYAH.

Kawan 1 ahli persatuan aku tu pun perbetulkan. Baik kan dia ? :)
Dia cakap : "Eh,nama dia AISAH laa."

Terima kasih saudari.

Di situlah aku mula mencari jawapan.
Apa perbezaannya?
Memang ejaannya berbeza. Kalau ejaan beda,pastinya sebutan juga beda kan? Hoho~

Aku pun dengan muka tidak tahu malu apa-apa,tanyalah bapa aku.

Then,bapa aku cakap.
Ada masalah time pendaftaran. Maklumlah bapa ku ni tidak berapa arif.
Bapa aku ada juga pegi pendaftaran sekali lagi semata-mata mahu tukar ejaan nama aku tu.
Baikkan bapa aku :)
Tapi,pendaftaran cakap tidak boleh sudah.
Sebabnya aku telahpun bersekolah. Skemanya ayat. :p

Jadi,kalau orang tanya nama aku. Aku akan sebut kedua-duanya.
AISYAH dan AISAH.

Begitulah kisahnya. Hehe.

Terpulang kepada anda mahu memanggilku dengan yang mana 1.
Mak dengan bapa aku panggil kedua-duanya. Walaupun AisYah itu lebih kerap.

SOOOOO . . . . . .

^_______^V

Panggillah dengan nama yang elok-elok.

Nama tu kan doa :)

SAYANG KAMU (",)


Yang juga pernah terkeliru,
Aysa Kamaruddin.