Gerak-gerak

Lagu

Friday 1 March 2013

Nikmat Atau Ujian?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah,syukur pada Allah sebab masih diberi peluang melihat keindahan dunia ni.

Aaaaaaaarrrkkkchhhuummm*gosok-gosok hidung*
Waahh,lamanya ndak update blog ni.
Nampak usang sudah. Hoho.
Maaf ya Encik Blog *tunduk tengok lantai,main-main jari.Malulah*
Ok-ok. Straight to the point lah,nanti tambah merepek. Haha.

Alhamdulillah. Sudah hampir dua minggu di bumi USM ni.
Apa? Result Sem 3?

Alhamdulillah~alhamdulillah~alhamdulillah.

Ia satu nikmat yang amat bermakna buatku.
Juga buat ibu bapaku.
Juga buat keluargaku.

Nikmat yang Allah bagi sebagai tanda peringatan buatku.

Yupp,peringatan.
Tahukah anda,ia juga adalah salah satu bentuk ujian?

Allah berikan nikmat itu sebagai ujian buat hambaNya.
Tika kamu gembira dipuji orang ramai,
syaitan makin memperhebat permainannya.

Sedarkah kalian?
Dalam berjuta-juta pujian dan ucapan tahniah itu,
syaitan membisikkan telinga agar hadirkan rasa riak dalam diri.

Syaitan hadirkan dalam diri yang kejayaan itu berpunca dari diri sendiri.
Syaitan hadirkan dalam diri macam-macam lagi.

Ya Allah,jauhkan kami daripada sifat riak yang bisa mengganggu gugat keimanan kami.
Jauhkan kami daripada sikap suka berbangga-bangga dengan kejayaan sementara.
Jauhkan kami daripada sikap orang-orang yang Engkau murka.
Ya Rahman,didik hati kami untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat Mu.
Didik hati kami agar sentiasa tawadduk terhadapMu.
Didik hati kami agar tidak bongkak dan sombong dengan apa yang kami miliki.
Pelihara hati kami ya Allah.
Ya Muqallibal Qulub,tetapkan hati kami dalam ketaatan terhadapMu dan agamaMu.

Semoga nikmat yang Allah bagi menjadikan kita lebih mendekatkan diri padaNya.
Semoga nikmat yang diberikan Allah menjadikan kita insan yang sentiasa bersyukur.
Semoga nikmat Allah ini membuat kita sentiasa muhasabah diri.
Semoga nikmat Allah ini bukan ujian yang menyeret kita menjadi hamba yang takbur.
Semoga nikmat ini menjadi ujian yang mendekatkan diri kita kepada Pencipta,
bukan ujian yang membuat kita menjauhkan diri kepada Pencipta.

Semoga Allah redha dan merahmati kita semua.
Sayang kalian semua.
Kerana Allah.

Hamba kerdil,
Aysa Kamaruddin.