Gerak-gerak

Lagu

Monday 14 September 2015

ANGGUR


Assalamualaikum dan selamat malam.

Lama nampaknya beta tidak mencoret di ruangan ini.
Selain kekangan masa dan 'internet', kemalasan juga menjadi penyebabnya. Sobsob.

Pertama dan selamanya, setinggi-tinggi rasa syukur dan terima kasih buat Allah yang Maha Esa atas pemberian nafas percuma ni. Atas segala nikmat yang mashaaAllah tidak mampu rasanya untuk kita balas.

Okay.
Tengok title beta tu. Tengoklah, tengoklah.
Apa yang rakyat-rakyat sekalian bayangkan?
Sejenis buah? Yang berwarna ungu? Lazat?

Itu perbandingan untuk orang-orang macam saya yang masih belum bekerja.
Tanam anggur. Tapi jujur, langsung tidak sedap.
Bertambah pahit dan kelat rasanya bila saban hari dilontarkan soalan-soalan,
"Belum kerja lagi?"
"Tidak pandai cari kerja ka?"
"Pergilah cari kerja. Rugi ja belajar tinggi kalau mahu duduk rumah terus."

Dan macam-macam soalan lagi.

Well gais.
Aku terluka. Sangat-sangat terluka *jujur betul ni*
Sampai satu tahap, aku rasa mahu lemparkan segala rasa tidak puas hatiku,
Rasa amarahku,
Rasa beban yang otak dan hati aku tanggung
Pada setiap mereka yang bertanya.

Hell-o gais.
Siapa yang tidak mahu bekerja?
Siapa yang tidak mahu membantu ringankan beban orang tuanya?
Siapa juga yang mahu mendapat title penganggur?
Siapa? Siapa? Siapa?
*Hmm. Nampak marahnya kan?*

Oyeahh.
Ada bicara yang seakan memujuk,
"Orang-orang tidak nampak effort kita. Well, manusia judge kita based on result dan bukannya effort."
Wujud insan seakan memahami,
"Sabar ja Cah. Bukan semua orang rasa apa kita rasa. Yang penting teruskan usaha."

By the way.
Untuk semua bicara
Untuk setiap perkataan
Membina atau menjatuhkan
*Tetap aku anggap sesuatu yang membina*
Terima kasih.
Banyak-banyak.
Sebanyak-banyaknya *emoticon smiley*

Mohon doa semuanya.
Doakan seorang Aisah Kamaruddin
Dapat kerja dengan cepatnya
Terus sukses dunia akhirat.