Gerak-gerak

Lagu

Friday 21 April 2017

Ke Pulau Mabul kah kita?

Assalamualaikum. Salam Jumuah mubarakah.

Allahumma solli 'alaa sayyidina Muhammad, wa 'alaa ali sayyidina Muhammad.

Alhamdulillah. Allah masih kurniakan kita dengan nikmat iman dan Islam. Masih diberi ruang dan peluang untuk menghirup udara hari ini. Allahu akbar.

Yassss! Sistur ambik kesempatan ni untuk meng-hapdet entry tentang 'lawatan' kami ke Pulau Mabul, Semporna. Lepas berchantek-chante dekat rumah pengantin, apa salahnya men-tanned-kan kulit pulak kan. Muahahaha.

Cerita dia macam ni. Lepas balik ja dari rumah pengantin, petang tu kami terus ke Semporna. Oya. Kredit untuk Satriani Sulaiman sebab tolong uruskan semua perjalanan sepanjang kami di pantai timur Sabah ini, dari segi pengangkutan, penginapan, makanan, semualah. Terima kasih kekandaku Satriani *buat muka comel*

Kami terus ke rumah abang ipar Satriani, menumpang teduh selama 2 malam. Bajet kami ke Pulau Mabul RM80. Kira murahlah one day trip untuk tiga pulau. Tapi kalau kamu mahu yang murah, bawa satu kampung. Hehe. Gurau-gurau. Maksud sistur bawa ramai-ramai. Lagi ramai lagi murah.

Dan paling penting kena pandai pilih ejen. Sebab tidaklah kamu terkapai-kapai dekat pulau tu nanti. Make sure guide kamu tu sudah setelkan semuanya, walaupun dia tidak join kamu ke pulau tu. Pastikan goggle, makanan and semuanya sudah setel before gerak ke pulau. Jangan nanti sampai pulau, tetiba abang bot tu suruh kamu bayar goggle. Haaa tidak pasal-pasal kena bayar. Padahal goggle tu sudah masuk dalam harga pakej tu tau.

So, kami mulakan mandi-manda dekat Pulau Kapalai. Dekat sini bolehlah snorkelling. Best wehhh. Air dia biru jernih. Sangat cantik. Ada tempat penginapan yang cantik. Lepastu kitorang pergi ke Pulau Mabul. Pulau Mabul ni pun boleh mandi manda dan snorkelling. Kami makan tengahari di sini. Selepas makan tengahari, kami pusing-pusing perkampungan di Pulau Mabul. Actually, ni kali kedua saya dan Satriani ke Pulau Mabul. Kali pertama, kami ada program akademik di sini bersama PERSIS. Tapi itu cerita 2012. Dan kami kembali lagi, 2017.







We are ready to go!
  



Jom ber-snorkelling


Pulau Kapalai


Pulau Mabul








    





Round-round kampung dulu. Ada kedai souvenir uolls. Kedai runcit pun ada :D



Masanya untuk balik. Terima kasih keluarga abang ipar Satriani. Thank you for such a lovely and awesome hospitality. Much appreciate it ^_^

Bye Tawau

Hai Kolumpo!

Jumpa lagi pantai Timur Sabah. Jumpa lagi sahabat-sahabat syurga. Moga Allah jaga kalian semua.

xoxo






Wednesday 19 April 2017

Hari Bahagia Rosdiana dan Syafiq



Assalamualaikum. Hai gaisssssss. Well, harini sistor rajin sikit nak meng-hapdet entry. Hihi.

Tapi ni cerita awal April hari tu. 1 April 2017. Aippp. No no no. Bukan April fool k. Sistor tak celebrate pun. Hewww. 1 April tu tarikh keramat. Ngehngeh. Tarikh di mana dua hati jadi satu. Cewaahhh.

Alhamdulillah. Rosdiana telah selamat menukarkan status cik nya kepada Puan. Puan Rosdiana Rala, isteri kepada Tuan Mohd Syafiq Alamsah. Alhamdulillah. Sistor haruslah happy tengok kawan-kawan kahwin. Walaupun jodoh sistor entah di mana keberadaannya. Eh eh.

Sistor happy sebab time wedding macam ni ja lah sistor mampu jumpa kawan-kawan sistor yang jauh di mata dekat di hati itu. Walaupun tak cukup 10 orang, tapi kehadiran kami berlima ni sudah cukup mengubat rindu di hati. Ya Allah. Jaga hubungan ini sampai syurga.

Oya. Siapa sangka kan. Universiti Sains Malaysia jadi titik pertemuan kedua mempelai. Seorang budak Matematik, seorang lagi budak Komputer. Kitorang share bangunan pusat pengajian yang sama tau. Hihi. Atas tu sains komp, bawah tu math.

Eh okaylah. Sistor malas sebenarnya taip panjang-panjang. Kehkeh. Korang usha gambar sistor and kawan-kawan bersama pengantin dekat bawah k.


























Sekadar untuk tatapan masa tua nanti. Kihkihkih. Wallahi, sayang mereka semua ni. Jauh itu bukan penghalang. Biarlah Laut China Selatan itu memisahkan, kami tetap dekat dengan doa. Allahu akbar. Indah kan bila berkasih sayang kerana Allah. Manis ja semuanya.

Untuk Rosdiana dan Syafiq. Selamat melayari bahtera rumahtangga. Moga masjid yang dibina ini merupakan salah satu usaha menegakkan Islam di mata dunia. Moga dikurniakan anak-anak yang cantik dan hensem serta soleh solehah. Tiada apa yang lebih manis melainkan cinta kerana Allah. Selamat bercinta selepas kahwin. Selamat bercinta sampai ke syurga.

After wedding Ros, kami menyempatkan diri lagi ke Pulau Mabul. Hihi. Nanti sistor hapdet di entry seterusnya *flying kiss*

Much love,
Aya Sasa Kamaruddin-yang-akan-kahwin-juga-nanti

xoxo