Gerak-gerak

Lagu

Friday 16 May 2014

TIADA




Termenung. Jauh. Sangat jauh.
Satu peta dunia aku tembusi.

Aku memerhati.
Orang sekeliling.
Paling penting, aku perhati diri sendiri.

Mungkin banyak yang berubah.
Aku perasan.
Aku pasti kamu dan mereka juga.

Sendiri.
Terkadang aku suka sendiri.
Aku memilih untuk banyakkan masa bersendiri.

Kau tau kenapa?
Sebab aku takut kalau aku terlalu bergantung dengan manusia.
Jadi aku memilih untuk sedikit menjauh.
Jauh dan sendiri.

Ada orang kata sendiri itu sangat 'anti-social'.
Tapi dia tidak tahu yang sendiri itulah sumber ketenangan.
Sendiri itulah yang buat kita mampu cari kekuatan diri.

Kenapa?
Kerana di situ kita cuba muhasabah diri.
Di situ kita cuba kenal siapa kita.

Aku punya kawan.
Ramai.
Aku tahu bila aku memerlukan, pasti ada seorang dua menemani.

Tapi aku kena tahu satu hakikat.
Tidak akan ada seorang pun yang mampu bertahan di sisi.
Untuk dengar setiap masalah, setiap luahan hati kau.

Tiada siapa yang mampu luangkan masa 24 jam untuk kau.
Bukan semua ada masa untuk kau seorang.
Mereka juga punya komitmen dan benda lain yang perlu dibuat.

Memanglah. Jujur.
Aku terkilan.
Aku terpana. Terpaku.
Aku sedih.

Bila mana saat kau betul-betul memerlukan.
Tiada siapa di sisi.
Tiada yang sudi mendengar rintihan hati.

Tipu kalau aku boleh pujuk diri sendiri.
Katakan mereka terlalu busy.
Tipu kalau aku kata aku tidak merasa apa-apa.
Saat mereka meninggalkan diri.

Tapi, come on dude.
This is a life.
Tidak akan semua akan ada di sisi.

Mungkin.
Mungkin.
Mungkin.

Aku cuma perlukan telinga.
Aku cuma perlukan bahu untuk bersandar.
Atau.
Cukup sekadar kata :
"Be strong."

Tapi kau lupa.
Kau masih punya dahi.
Kau mampu untuk sujud.
Pada Yang Satu.

Pergi.
Menghadap Dia.
Dia Maha Mendengar.
Dia ada penyelesaiannya.
Redha.
Tawaddu'.

Kena lebih rajin pujuk diri.
Kau kena mandiri.
Supaya nanti tidak makan diri.
Bila tiada siapa di sisi.