Gerak-gerak

Lagu

Wednesday 19 April 2017

Hari Bahagia Rosdiana dan Syafiq



Assalamualaikum. Hai gaisssssss. Well, harini sistor rajin sikit nak meng-hapdet entry. Hihi.

Tapi ni cerita awal April hari tu. 1 April 2017. Aippp. No no no. Bukan April fool k. Sistor tak celebrate pun. Hewww. 1 April tu tarikh keramat. Ngehngeh. Tarikh di mana dua hati jadi satu. Cewaahhh.

Alhamdulillah. Rosdiana telah selamat menukarkan status cik nya kepada Puan. Puan Rosdiana Rala, isteri kepada Tuan Mohd Syafiq Alamsah. Alhamdulillah. Sistor haruslah happy tengok kawan-kawan kahwin. Walaupun jodoh sistor entah di mana keberadaannya. Eh eh.

Sistor happy sebab time wedding macam ni ja lah sistor mampu jumpa kawan-kawan sistor yang jauh di mata dekat di hati itu. Walaupun tak cukup 10 orang, tapi kehadiran kami berlima ni sudah cukup mengubat rindu di hati. Ya Allah. Jaga hubungan ini sampai syurga.

Oya. Siapa sangka kan. Universiti Sains Malaysia jadi titik pertemuan kedua mempelai. Seorang budak Matematik, seorang lagi budak Komputer. Kitorang share bangunan pusat pengajian yang sama tau. Hihi. Atas tu sains komp, bawah tu math.

Eh okaylah. Sistor malas sebenarnya taip panjang-panjang. Kehkeh. Korang usha gambar sistor and kawan-kawan bersama pengantin dekat bawah k.


























Sekadar untuk tatapan masa tua nanti. Kihkihkih. Wallahi, sayang mereka semua ni. Jauh itu bukan penghalang. Biarlah Laut China Selatan itu memisahkan, kami tetap dekat dengan doa. Allahu akbar. Indah kan bila berkasih sayang kerana Allah. Manis ja semuanya.

Untuk Rosdiana dan Syafiq. Selamat melayari bahtera rumahtangga. Moga masjid yang dibina ini merupakan salah satu usaha menegakkan Islam di mata dunia. Moga dikurniakan anak-anak yang cantik dan hensem serta soleh solehah. Tiada apa yang lebih manis melainkan cinta kerana Allah. Selamat bercinta selepas kahwin. Selamat bercinta sampai ke syurga.

After wedding Ros, kami menyempatkan diri lagi ke Pulau Mabul. Hihi. Nanti sistor hapdet di entry seterusnya *flying kiss*

Much love,
Aya Sasa Kamaruddin-yang-akan-kahwin-juga-nanti

xoxo