Assalamualaikum.
Halluuu semuaaaaa ๐
Allahu. Lamanya tidak
mencoret di ruang ini. Actually banyak ja mau ditulis but then yeah, tulis padam tulis padam dan dibiarkan begitu saja, terikat namun tak bertali, tergantung sepi. Hiks ๐
So basically, entry
kali ini tentang trip saya dan keluarga ke Jogjakarta (or Yogyakarta?).
Trip kami ni tidaklah
lama mana pun, 3 hari 3 malam sahaja since memasing busy bekerja and yeah, kami
memerlukan dua hari untuk perjalanan sob. BKI – KUL – JOG – KUL – BKI.
Meh korang dengar
cotcetcet hakak dulu. Hahah.
WARNING: Bahasa rojak
plus sinkof melampau akan dikesan dalam entri ini ๐
Kitorang sebenarnya
plan ni sudah berkurun *ok over*, but tulah. Hanya mampu merancang, Tuhan jugak
yang menentukan *smiley face*. So haritu adik aku balik-balik desak tanya bila
mau pegi. Aku ni senang, ada duit terus beli tiket flight. Bila sudah ada tiket
flight, ikut kaulah mahu pergi ka tidak, and belakang cerita kumpul duit
selebihnya untuk makan minum soping dekat sana. Muehehe.
So bawah ni aku akan
share itinerary (eh eja betul ka tu?) selama 3 hari kami dekat sana. Oh ya.
Yang ni kami ambik pakej. So dia sudah include tempat masuk + sewa kereta +
parking fees + driver sekali.
TRIP
JOGJA 2 – 4 APRIL 2018
Day 1:
Pickup airport
Tamansari
Kalibiru
Cek in homestay
Day 2:
Jurang tembelan
Hutan pinus
Rumah hobbit
Cave waterafting goa
pindul
Timang beach
Pinus pengger
Back homestay
Day 3:
Merapi
Gereja ayam
Punthuk setumbu
Borobudur
Malioboro
Back homestay
Yang ni, kami bayar IDR
950 000 seorang. But since homestay kami agak jauh dari bandar, so kami kena
tambah lagi IDR 25 000. Ni termasuk 2 jeep merapi adventure, naik pokok spot 1+
dapat 4 foto kalibiru, alat + pemandu cave goa pindul and 2 jeep pergi timang
beach. Yang pakej ni tidak termasuk tiket Borobudur and naik gondola yaa
anak-anak.
Itinerary ni kamu boleh
buat sendiri or minta ja orang yang korang contact tu untuk buatkan kamu. Yang
ni aku buat sendiri since alang-alang sampai, mau juga explore semua tempat. Tu
yang pack semacam. Hahaha. Bapak guide tu bagi untuk 4 hari punya, aku
mampatkan dia jadi 3 hari. Tapi nangis jugak laa, dengan perjalanan, penat +
semua laa *sigh*.
Homestay pula, aku
ambil dekat dengan airport. Sebab mulanya, flight kami awal pagi, dalam pukul 6
am macam tu, sebab tu lah. Tapi tiba-tiba flightnya kena tukar ya bapak-bapak
ibuk-ibuk ke pukul 11 am. Tapi never mind, tuan rumah baik. Ada 3 bilik +
aircond + best + selesa + ok deh! Cuma tu lah agak jauh dari bandar.
Tiket flight? Hmm maaf deh. Aku lupa. Tapi haritu KUL - JOG - KUL kira murah jugak. Cuma BKI - KUL - BKI mahal sikit. Dalam RM 500++ jugak laa pergi balik tu.
Oleh yang demikian,
PAKEJ: IDR 975 000
BALE AYU HOMESTAY: IDR
910 000/3 hari
TOTAL: IDR 1 126
667/seorang = RM 305/seorang *depend tukaran matawang semasa*
Next entry aku akan cerita
pasal tempat-tempat yang kitorang pergi termasuklah bayaran masuk.
P/S: Sebenarnya, aku
rasa kalau kamu urus sendiri tempat masuk lagi murah compare ambik pakej yang
bayarkan untuk korang. Just ambik driver ja and tiket tu pergi sendiri, tidak
susah pun. Cuma tulah, first timer kan and malas serabutkan kepala dengan tiket
masuk bagai tu. Muahaha.
Link-link bawah
bolehlah tekan untuk kesenangan bersama. Ehhh? Hihi. Adios.
DAY
1: TAMANSARI, KALIBIRU
DAY
2: JURANG TEMBELAN, HUTAN PINUS, RUMAH HOBBIT, CAVE WATERAFTING GOA PINDUL,
TIMANG BEACH, PINUS PENGGER
DAY
3: MERAPI, GEREJA AYAM, PUNTHUK SETUMBU, BOROBUDUR, MALIOBORO