Gerak-gerak

Lagu

Sunday 2 March 2014

Kau Tahu?


Kau tahu kenapa Allah jarakkan hubungan?
Supaya kau sedar yang cinta manusia itu mampu berubah.
Hati manusia itu tidak selamanya setia.

Kau tahu kenapa kau sering terluka?
Sebab kau serahkan hati dan cintamu pada dunia.
Kau percaya manusia sentiasa ada buatmu.

Hakikatnya tidak.
Tiada yang kekal, cuma Allah.
Kau tahu, cinta duniawi itu mampu membuatmu gila?

Kau tahu hidup kau sangat berharga?
Bukan sekadar hidup atas cinta manusia.
Tidak atas alasan setia semata.

Kau tahu kau punya seribu alasan untuk bahagia?
Biarpun saat itu kau terluka.
Kau mampu bangkit dan buktikan pada dunia.

Jangan biarkan kebahagiaan hari ini rosak kerana kelukaan semalam.
Beritahu pada dunia, kau ada sejuta alasan untuk tersenyum.
Kau ada Allah, tidak akan pernah tinggalkan kau sendiri.

Kau tahu kenapa kau mudah dipermain?
Kerana kau terlalu ikutkan kata hati.
Sebab kau dibohongi nafsu yang tidak pasti.

Wahai!