Gerak-gerak

Lagu

Tuesday 27 November 2012

Kasihnya Rasulullah

Aku perlukan-Mu~
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur pada Allah sebab kita masih dihidupkan hari ni.
Masih boleh menikmati dua nikmat terbesar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM.

*Sila tengok tajuk* Heee~~
Baru tengok video Ustaz Don tentang 'Cinta Rasul'.

So, saya rasa nak kongsikanlah apa yang saya dengar.

Entry Tulisan kali ni tentang peristiwa sebelum kewafatan Rasulullah SAW.

Ketika Baginda diambang kewafatan, Malaikat Izrail datang mahu mengambil nyawa baginda.
Antara yang ada bersama baginda ketika itu ialah Malaikat Jibril dan Saidina Ali.

Time nyawa baginda mahu kena cabut tu, baginda rasa sakit yang amat.

Baginda cakap :
"Cukuplah sakit derita mati ini hanya aku yang tanggung untuk umatku. Jangan bagi umat aku rasa. Jangan bagi umat aku rasa. Jangan."

Malaikat Jibril kata :
"Tahukah engkau Rasulullah? Tidak akan masuk ke syurga sesiapa pun selagi engkau tidak masuk."

Malangnya, kata-kata itu langsung tidak mententeramkan baginda. Wajah baginda kelihatan tidak tenang.

Malaikat Jibril sedar akan perubahan riak wajah baginda lalu menyambung :
"Tidak akan masuk orang lain ke dalam syurga melainkan umatmu masuk terlebih dahulu sebelum umat-umat yang lain."

Dengar ja kata-kata Malaikat Jibril tu, Rasulullah tersenyum. Terpancar rasa kebahagiaan dan kegembiraan di wajah baginda.

Betapa Rasulullah mahukan umatnya mengatasi umat lain untuk masuk ke dalam syurga.
Ini kerana cintanya baginda kepada umatnya.

Diceritakan juga, time Rasulullah tengah dalam kesakitan yang amat-Malaikat Jibril memalingkan mukanya.
Luluh rasanya melihat Rasulullah dalam keadaan sedemikian.

Rasulullah tanya :
"Wahai Jibril, adakah engkau tidak sudi melihat wajahku?"

Jibril menjawab :
"Ya Rasulullah. Bukan aku tidak sudi. Cuma aku tidak sanggup melihat kekasih Allah kesakitan seperti ini."

Ya Allah.
Betapa kasih dan cintanya Rasulullah terhadap kita.
Tepuk dada, tanya iman. Apa kita juga seperti baginda?

Ustaz Don cakap :
'Cuba perhatikan sekeliling kita. Apa yang ada di sisi kita, yang kita tengok, kita terus teringat Rasulullah?'

*SOLLU ALANNABI*
اللهم صل على سيد نا محمد وعلى اله و صحبه وسلم

" Ya Allah kurniakanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami
Muhammad serta ahli keluarga dan para sahabat baginda s.a.w "

Kita kata kita sayang Nabi kan? So, jadikanlah hari ni sebagai permulaan untuk kita untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
*peringatan buat diriku juga.*

# Saya sayang kamu kerana Allah. Moga Allah sayang kamu lebih~

Hamba yang kerdil,
Aysa Kamaruddin