Gerak-gerak

Lagu

Friday 16 March 2012

Gawat. Capek deh.


Assalamualaikum semua. Jumpa lagi. ^__^

Alhamdulillah,sebulan sudah di sini selepas kembali ke kg tercinta..
Mmg best laa dpt balik kg .. ndak jugak banyak yg berubah .. ada tuh ada tp sikit jak laa.

Hmmm. Org ckp suasana kampung tuh lebih aman,tenang dan selesa.
Tapi,berapa ramai yg tahu biarpun Bandar tuh penuh dgn kesibukan tapi jauh lebih selamat ?
 bukan selamat dari perompak,penyamun. Bukan tuh.

Maksud sy,selamat dr sgla macam ilmu hitam yg diamalkan oleh kebanyakkan org kampung.

Tadi,sy tanya En. Google. “En. Google,apa bah maksud guna-guna ney? Jampi serapah semua tuh apa? Yg kebanyakkannya guna ilmu hitam tuh laa. Boleh ka encik terangkan?”

Ney jawapan yg sy dapat:

"Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan atau hati atau akal orang yang disihir dengan tanpa melalui sentuhan sama sekali, yang dilakukan diluar daripada hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam. "



Begitu laa lebih kurang penjelasan kekasih gelapku tuh.

Astaghfirullah. Ada jugak org yg sanggup buat benda-benda terkutuk tuh kan? X takut ka dgn azab Tuhan?

Bila hasad dengki sudah menguasai diri,apa-apa pun sanggup dibuat.

Kadang-kadang,kepuasan diri diutamakan sehingga tidak mengenal siapa termasuk keluarga.

Bukan berrtujuan m’aibkan tapi sekadar satu iktibar.

Sungguh mengecewakan. Sesuatu yang amat menyebalkan.

Ada orang yang sanggup menjadikan orang lain sebagai kambing hitam dan menggunakan paksaan melalui perbuatan terkutuk ini. Semata-mata kerana ingin memiliki kekayaan sementara.

Entah apa yg hendak jadi dgn dunia sekarang. Mengejar kemewahan juga dgn cara tersebut.
Bangga laa kamu tuh? Sehingga sanggup m’gadaikan nyawa org lain.

Ada lagi yang meng'guna-guna'kan seseorang supaya orang tuh jatuh sayang,kasih dengan dia. Perlukah ? Apa kamu berasa gembira dan bahagia sebegitu ? Yang pada hakikatnya dia menyayangi kamu secara paksaan dan tiada keikhlasan.

Dunia oh dunia. Semakin menakutkan. Tapi,bukankah kita yakin yg janji Allah tuh pasti ..

Percaya laa. Cepat atau lambat,mereka pasti akan dapat ‘ganjaran’ yg setimpal dgn apa yg dorang buat. Itu sy percaya.

nota jiwa : lindungi diri ini ya Allah .. Engkaulah sebaik-baik Penolong dan Pelindung.
nota mulut : peringatan untuk diri sendiri. mulut yang berbicara lebih dekat dgn telinga empunya.
nota hati : semoga kita semua m'dapat keredhaan Ilahi. Bahagia dan selamat dunia akhirat.

p/s :Minta maaf andai ada tersilap tutur. Sekadar ingin berkongsi buah bicara.