Gerak-gerak

Lagu

Monday 9 December 2013

Ukhuwah Kasih


Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera..

Ouuucchh, nampaknya begitu lama patik tidak menjenguk blog usang ini.

Mr Belog yang dichentai, maafkan patik!

I have a story to tell u, Mr Belog.
Story yang sangat ohsem! ^_^

Baru-baru ni, 6-8 Disember 2013, pihak SRNUSM buat program.
Program "Ukhuwah Kasih bersama Anak Yatim dan Asnaf as-Solihin."
Program ni dibuat di Banting, Selangor.

Syukur, alhamdulillah. Lama merancang, baru dapat dijalankan.
Kita merancang. Allah juga merancang. Dan perancangan Allah itu yang terbaik!

Syukran jazilan ya Allah sebab beri kami peluang dan kesempatan ni.
Mucho gracias Kak Wani sbg Pengarah Projek program ni.
Thanks untuk Kak Miza, Kak Azidah dengan Kak Sima jugak.
Terima kasih YDP dan ahli-ahli SRN yang lain.

Secara peribadinya..
Peribadi.
Maksudnya, from my point of view.

Jujur! Mula-mula sampai tu, sebak rasa.
Sebak kenapa?
Sebak sebab Allah bagi saya peluang untuk berjumpa dengan adek-adek tu.
Sebak sebab saya antara mereka yang bertuah pergi program ni.

Dari dulu lagi, saya punya impian.
Impian untuk datang rumah-rumah anak yatim dan asnaf.
Dan Allah makbulkan!
Tidak terucap rasa terima kasih ini ya Rahim!

Banyak saya belajar dari sini.
Belajar dari adek-adek ni.

Dengar adek-adek bercerita cukup untuk saya muhasabah diri.
Bisik pada diri sendiri.
"Ya Allah, betapa beruntungnya saya."
"Ya Allah, moga kami nanti menjadi ibu bapa yang amanah dan sayang dengan anak-anak kami. Biar sesibuk manapun, kami tidak lupa tanggungjawab kami."

Ada satu budak tu, sangat banyak cakap.
Ceritanya panjang berjela.
Tapi, bukan omong kosong.
Luahan perasaan mungkin.
Luahan rasa seorang anak, seorang abang mungkin juga seorang ahli rumah tu.

Macham biasa.
Saya hanya mampu mendengar dan mendengar.
Sedikit nasihat dan kata semangat untuk adek tu.
Saya tahu dorang kuat.
Dorang tabah.
Yup, lebih kuat dan tabah dari saya.

Ada budak perempuan tu datang. Bawa saya bercerita. Banyak! Sampailah dia cerita pasal mak ayah dia, then saya tanya..
"Mak ayah kerja apa?"
"Ayah bisnes. Mak tolong ayah."
*senyap kejap*
"Tapi kak. Minggu ni, mak tak datang lawat saya pun."
*sambil buat muka sedih*

Hati mana yang tidak meronta hiba tengok ekspresi muka tu.
Moga kuat dek!

Hari pertama tu, cuma ada tayangan video tentang kebersihan. Diselitkan kuiz.
Respon yang memuaskan dari adek-adek =)
'Ice-breaking' juga.
Kenalkan nama, hobi, umur, cita-cita.
Dorang memang peramah.
Semuanya ditanya.

Hari kedua.
Buat senamrobik.
Main permainan sukan rakyat!
Nampak keterujaan adek-adek main sukan rakyat ni.
Lepas tu, main sukaneka.
Kotor pakaian tu tak payah chakap laa.
Tapi, siapa kisahkan?
Tengok adek-adek ni main dengan gembiranya, sudah cukup buat hati tersenyum puas.
*Abang kakak ni kah yang excited lebih? Hehe*
Hujan-hujan pun gembira main.
Malam tu, ada persembahan kebudayaan.
Kakak-kakak, abang-abang peragakan baju kaum-kaum di Malaysia.
Macham biasa, ada cabutan bertuah.
Ada persembahan nasyid.
Lirik lagunya. Paaappp! Sampai ke hati, jantung, limpa semua.
Sampai sekarang terngiang-ngiang dengar dorang menyanyi.

Hari ketiga.
Senamrobik tanpa adek-adek.
Then, ada gotong-royong sebelum meninggalkan tempat tu.
Sebelum tu, sempat lagi main sukan rakyat dengan adek-adek tu.
Nampaknya dorang suka main benda-benda tu.
Congkak, dam aji, batu seremban, chess.
Sempat juga suruh dorang menyanyi lagi.
Kali ni, Abang Halim dengan Abang Luqman turut serta.
Good job abang-abang!

Sebenarnya terlalu banyak cerita di sini.
Dan pasti jadi kenangan yang boleh dicerita pada anak cucu nanti ^_^

Terlalu banyak cerita tapi nampaknya saya tidak tahu mahu tulis apa.
Hoho.

"Kak, akak betul nak stay sini? Saya tahan akak kalau naik bas."
"Kak, jangan lupa datang sini lagi tau."
"Kak, terima kasih sebab datang sini."
"Kak, kenapa akak tak duduk lama lagi kat sini?"
"Akak dah nak balik dah? Sekejapnya."
"Insya Allah, kitorang akan sampai USM."
"Kak, jangan lupakan kitorang tau."

Antara kata-kata terakhir adek-adek yang chomel sebelum bergerak balik USM.
Jangan risau adek-adek!
Kami tidak akan lupakan kamu semua.

Moga jumpa lagi!

Tidak di tempat yang sama, tempat lain insya Allah.
Moga jadi anak-anak yang berbakti!
Moga terus tabah, sabar dan kuat dalam hidup!

Dari kalian, saya belajar erti SYUKUR!

Terima kasih ya Allah!

 

Rasulullah bersabda : "Sebaik-baik rumah tangga muslim ialah yang di dalamnya ada anak yatim yang dilayani dengan baik" (H.R. Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).” (Bukhari)

Cerita ini tidak habis di sini.

Moga Allah redha!

Aysa Kamaruddin,
2.23 pm