Gerak-gerak

Lagu

Saturday 21 July 2012

Tidak Seindah Bintang Di Langit

Assalam ..
Salam Ramadhan~~
Alhamdulillah,kita masih sempat bertemu Ramadhan kali ini.
Make sure diz Ramadhan lg baik dari yang lepas-lepas..
Bukan masalah yang lepas tapi apa yang kita patut buat untuk akan datang.

Cerita kali ini bukan pasal Ramadhan.

Alhamdulillah,setelah hampir 12 hari merasakan perjalanan menjelajah Pantai Timur Sabah
bersama anak-anak Sabah anjuran PERSIS USM,
banyak pengalaman yang aku timba.

Pahit manis,suka duka itu biasa.
Namanya juga perjalanan hidup.

Peluang ini banyak memberi impak dalam kehidupanku.
Tidak mudah untuk berjaya.


Pendekatan yang diberikan oleh mereka membuat aku sedar yang tidak semua apa yang kita mahukan kita akan dapat.

Bukan semua pihak dan hati boleh kita puaskan.

Keakraban yang terjalin dengan seorang pelajar di sekolah M membuat aku sedar sesuatu.
"Jangan cepat menghukum"
Mungkin sekolah itu dikatakan teruk dari aspek disiplin dan
                                               tingkahlaku pelajarnya.
                                               Namun,mereka juga seperti kita yang mahu berjaya.

Perjalananku tersentuh lagi apabila aku meragukan kemampuan diri.
Benar kata si sahabat..
"Kalau orang rasa kita x boleh,why not kita buktikan pada mereka yang kita sebenarnya mampu bahkan bisa lebih hebat daripada itu."
Terima kasih sahabat.

Aku bukanlah orang yang begitu berani bercakap di hadapan orang ramai.
Entah kenapa perjalananku bersama mereka sedikit sebanyak mengubah aku menjadi lebih berani berkata-kata dan memberi pendapat di khalayak ramai.

Menelusuri kehidupan masyarakat di pulau,
hatiku terusik melihat kegigihan seorang budak.

Tinggi cita-citanya.
Ingin menjadi angkasawan katanya.
Semoga tercapai dek.

Aku mula mencari kelemahan diri yang harus aku perbaiki.
Aku mula mencungkil kelebihan diri yang tidak harus diperlekehkan.
Walau ku tahu,ia tidak seindah bintang di langit namun ia tidak mustahil.



*Mencari Aisah dalam timbunan bintang yang berkerlipan*

Kerana AKU ADALAH AKU~

Terima kasih kepada kamu yang telah memberikan aku peluang.







Syukran Jazilan ya Allah!

Mencari makna kehidupan,
Aysa Kamaruddin