Gerak-gerak

Lagu

Tuesday 29 January 2019

Hai, Gunung Kinabalu!

Assalamualaikum blog tersayang. Hahaha. Rasa lama gila tidak menarikan jari di atas papan kekunci ini *gittew* Macam biasa, please expect bahasa rojak di dalam entry ini ๐Ÿ˜†

Okay. Sebenarnya mahu berkongsi rasa daki Gunung Kinabalu haritu. To be exact, 17 - 18 Januari 2019. Allahu macam mimpi sampai atas puncak tu. Like seriously, pepol! ๐Ÿ˜‹

Yassss! Sebenarnya lama sudah teringin menawan puncak gunung tertinggi di Malaysia itu. Bertukar-tukar team mates haaaa ๐Ÿ˜‚ But yeah. Alhamdulillah tarikh keramat tu datang jugak walaupun dalam masa yang amat-amat sedikit untuk buat preparation.

Okay. So let's start this painful yet very wonderful journey HAHAHA

Sebelum tu, siapa-siapa yang belum tahu. Gunung Kinabalu ni terletak dekat area Kundasang dan protected under Sabah Park. Ada beberapa tempat untuk mula daki Gunung Kinabalu ni. Boleh google laa yaa. Hihi. And for your information jugak, dalam rekod, gunung Kinabalu ni ada 7 puncak tertinggi: Puncak Low, Puncak St John, Telinga Keldai etc. Yang ni pun boleh tanya boyfriend saya, Incik Google. Hiks. Kan di hujung jari saje ๐Ÿ˜


Ni laa puncak-puncak tu

Kami bermula dari Timpohon Gate. Pendakian gunung Kinabalu ni mengambil jarak 8.9 km dan masa bergantung kepada kelajuan kalian mendaki. Bermula dari Timpohon Gate, kita akan jumpa 7 buah pondok sebelum sampai ke Laban Rata. Disebabkan kelambatan dan keterbatasan, aku mengambil masa 8 jam untuk sampai ke Laban Rata *such a bad record, I know*



Kick start at Timpohon Gate with these awesome people

Nampak ceria kan wajah ku itu, tapi dalam hati Tuhan saja yang tahu debarannya. Dan disebabkan debaran itulah, aku kehilangan sebahagian pernafasan ku. HAHAHA. Sepanjang pendakian ke Laban Rata, kita akan jumpa Pondok - Kandis, Ubah, Lowii, Pondok Mempening, Layang-layang, Villose, dan Paka. Setiap pondok ni punya jarak yang berbeza-beza. Ada yang dekat dan ada yang jauh. Dan setiap pondok, disediakan tandas. bagi sesiapa yang mahu refill air, boleh refill dekat situ as long as perut kamu boleh terima. Dan untuk aku yang heavy flu ni, pondok sangat-sangat berguna *if you know what I meant*

Sorry, photos are not provided since aku tidak terfikir pun untuk tangkap gambar sebab sibuk memikirkan hidung yang selalu menangis HAHAHAHA.

Sepanjang pendakian, walaupun dalam kepenatan, kau tidak akan pernah penat memuji setiap keindahan yang kau nampak depan mata. Pemandangannya sangat memukau dan segala penat kamu akan rasa sangat berbaloi. Betul, kamu akan rasa penat lagi-lagi melihat anak tangga dan ketinggian yang kamu akan daki. But on the other hand, this beautiful views really wake your spirit up. No doubt!

"Allah cantiknya. Sangat cantik!" - ayat yang entah berapa puluh kali aku ulang sepanjang pendakian. Kau tahu, dengan hijau pokok, biru langit dan semua alam semulajadi, ma shaa Allah!








  





Itu sebahagian view sepanjang pendakian. View dekat Laban Rata pulak lagilah subhanAllah tidak terkata cantiknya. Berada di ketinggian 3000++ m dari atas laut, kau rasa kau dalam mimpi. Bila awan ada depan mata, sentuh saja tidak boleh. Alaa yang macam kau selalu tengok bila naik kapal terbang tu.

View dari Laban Rata
Negeri atas awan?





Sunset. Macam mimpi.

Sampai Laban Rata, kami bergambar *ni wajib hahaha*, lepastu pergi makan malam. Check-in bilik dan bersiap sedia untuk rehatkan diri untuk summit keesokan harinya.

Untuk pendakian dan summit ke puncak, aku update dekat entry seterusnya yaa.

Thank youuuuuuu ๐Ÿ’™


-Ecah tawan gunung Kinabalu-
29 Januari 2019



No comments:

Post a Comment